Sesudah Acara, Foto Bersama Peraih Anugerah dengan Rektor USIM
Selain itu sebanyak 10 anugerah Isimewah telah diberikan sepertiAnugerah Sumbangsih,Anugerah Penerbitan,Anugerah Penyelidikan,Anugerah Penyelidikan, Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Kualiti Naib Canselor dan Anugerah Pengurusan Maklumat. Majlis tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Inovasi Bersama Pelanggan peringkat universiti yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan seluruh warga kampus. Uniknya pada tahun ini, satu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa yang julung-julung kalinya diberikan dan bakal menerima hadiah berupa pakej umrah.
Dalam Ruang Acara
Pada kali ini turut diadakan pelancaran USIM Online yang merupakan laman web televisyen interaktif yang menyalurkan pelbagai maklumat dan program universiti untuk semua pelajar dan kakitangan USIM. Laman web tersebut mengandungi lima segmen iaitu Buletin, Wawancara, Santapan Rohani, USIM Web TV dan Biar Buku Bicara. Pelancaran USIM Online ini menjadikan USIM muncul sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama mempunyai laman web televisyen interaktif
Bersama:
- Tans Sri DR. Yusof Noor (Ketua Lembaga Pengarah USIM, Mantan Menteri Perusahaan Awam (Perindustrian) 1990-1995, Mantan Wakil Rektor UKM)
- Prof. Dato'. DR. Muhammad Muda. (Rektor USIM)
Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Hj. Md Noor, Pengerusi LPU USIM. Dalam ucapannya beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua penerima anugerah pada tahun ini. Beliau berharap agar penghargaan yang diberi akan menjana motivasi dan menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga USIM untuk terus bertekad cemerlang dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
0 komentar:
Post a Comment