Thursday, June 17, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM - 2010

     Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM - 2009
Scan Dari Buku Album Anugerah USIM - 2009 
     Bandar Baru Nilai, 15 Jun 2010 - Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM Tahun 2009 yang telah diadakan pada 15 Jun baru-baru ini. Seramai 94 orang kakitangan USIM dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang manakala seramai 61 orang pula menerima Anugerah Terpuji.
Sesudah Acara, Foto Bersama Peraih Anugerah dengan Rektor USIM
     Selain itu sebanyak 10 anugerah Isimewah telah diberikan sepertiAnugerah Sumbangsih,Anugerah Penerbitan,Anugerah Penyelidikan,Anugerah Penyelidikan, Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Kualiti Naib Canselor dan Anugerah Pengurusan Maklumat. Majlis tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Inovasi Bersama Pelanggan peringkat universiti yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan seluruh warga kampus. Uniknya pada tahun ini, satu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa yang julung-julung kalinya diberikan dan bakal menerima hadiah berupa pakej umrah.
Dalam Ruang Acara
    Pada kali ini turut diadakan pelancaran USIM Online yang merupakan laman web televisyen interaktif yang menyalurkan pelbagai maklumat dan program universiti untuk semua pelajar dan kakitangan USIM. Laman web tersebut mengandungi lima segmen iaitu Buletin, Wawancara, Santapan Rohani, USIM Web TV dan Biar Buku Bicara. Pelancaran USIM Online ini menjadikan USIM muncul sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama mempunyai laman web televisyen interaktif
Bersama:
- Tans Sri DR. Yusof Noor (Ketua Lembaga Pengarah USIM, Mantan Menteri Perusahaan Awam (Perindustrian) 1990-1995, Mantan Wakil Rektor UKM)
- Prof. Dato'. DR. Muhammad Muda. (Rektor USIM)
     Selain itu turut diadakan penyerahan sijil MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005 (Sistem Pengurusan Kualiti Mengikut Perspektif Islam ) kepada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Kualiti. Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) telah berjaya memperolehi pengiktirafan pensijilan daripada pihak SIRIM berkuatkuasa mulai 26 Mac 2010 dalam ISO 9001:2008 Penyediaan Khidmat Perancangan dan Pengurusan Projek Fizikal dan MS 1900:2005 Penyediaan Khidmat Perancangan dan Pengurusan Projek Fizikal Mengikut Perspektif Islam. Pengiktirafan ini menjadikan USIM sebagai satu-satunya universiti pertama yang berjaya menerima pensijilan tersebut.
     Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Hj. Md Noor, Pengerusi LPU USIM. Dalam ucapannya beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua penerima anugerah pada tahun ini. Beliau berharap agar penghargaan yang diberi akan menjana motivasi dan menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga USIM untuk terus bertekad cemerlang dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Laporan dari:
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korpo
Universiti Sains Islam Malaysia
Piagam Anugerah Buku Terbaik 2009
Piagam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

0 komentar:

Post a Comment