Saturday, May 11, 2013
MENJAGA LISAN DALAM ISLAM
KHUTBAH
JUM’AT
UNIVERSITI
SAINS ISLAM MALAYSIA
10-05-2013
MENJAGA
LISAN DALAM ISLAM
PROF MADYA. DR. KAMALUDDIN NURDIN MARJUNI
Ketua Program Dakwah & Pengurusan Islam
Universiti Sains Islam Malaysia
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين على أمورالدنيا
والدين. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده
ورسوله. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين.
قال
الله تعالى في القرآن الكريم: (يَاأَيّهَا الّذِيْنَ آمَنُوْا اتّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا
قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ
وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا) -الأحزاب، 70-71-.
وقال رسول الله صلى الله
عليه وسلم (لاَ يَسْتَقِيْمُ إِيْمَانُ عَبْدٍ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ قَلْبُهُ، وَلاَ
يَسْتَقِيْمَ قَلْبُهُ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ لِسَانُهُ) -أحمد-
Ma’asyiral Muslimin Jama’at Jum’at USIM Rahimakumullah.
Pada suatu hari di majlis ilmu, imam Ghazali bertanya kepada
murid-muridnya, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" ... Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang wahai
guruku". Benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling tajam di dunia ini sebenarnya adalah "LIDAH MANUSIA",
karena melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri, mencela orang, mengata orang, dalam sebuah hadits, Rasul mengingatkan
ummatnya:
اَلْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ
لِسِانِهِ وَيَدِهِ (رواه البخاري ومسلم)
“Seorang muslim sebenar adalah
yang mampu menjaga orang muslim lainnya dari lisannya dan tangannya”.
Ia memberi pengertian bahawa seseorang Islam itu belum mencapai
tahap muslim sebenar dan hakiki, selagi mana belum
mempunyai ciri tersebut iaitu orang-orang muslim yang selamat dari kejahatan
lidah dan tangannya, betapa tidak,
bukankah hati dan lidah manusia merupakan bagian terpenting yang akan
menentukan baik buruknya orang tersebut?.
Ini kerana perkataan Islam itu sendiri bermaksud sejahtera, aman,
selamat dan seumpamanya. Jadi sepatutnya seseorang Islam itu mempunyai
ciri-ciri ini di dalam kehidupannya.
Di dalam hadis ini juga
Nabi s.a.w. menggunakan perkataan muslim bukannya mu’min dan ianya memberikan beberapa
pengertian antaranya ialah:
1)
Untuk menunjukkan bahawa orang Islam serta beriman bukan
sahaja membuat hubungan dengan Allah dari segi keimanan dan kepercayaan tetapi
lebih dari itu membuat hubungan yang baik dengan sesama manusia juga bahkan
segala ciptaan Allah yang lain juga mendapat kebaikan daripadanya.
2)
Bermakna orang-orang Islam bukan hanya menjaga amalan batin
sahaja tetapi juga amalan zahir.
3)
Untuk menunjukkan bahawa orang Islam sebenar adalah orang
yang berjaya mencetuskan daya kekuatan iman yang terdapat di dalam dirinya yang
berasal daripada perkataan‘amn’ yang
memberikan makna keamanan dan seumpamanya sehingga daya tersebut dapat
memberikan faedah dan hasil sehingga boleh dirasai oleh orang lain bukan
semata-mata dinikmati olehnya sahaja. Ini kerana perkataan Islam yang merupakan kata dasar kepada
perkataan muslim memberikan
makna sesuatu yang zahir serta menunjukkan amalan luaran berbeza dengan
perkataan iiman yang merupakan kata dasar kepada
perkataan mu’min memberikan makna batin serta lebih
menggambarkan sifat dalaman iaitu kepercayaan.
Dalam sebuah kisah, suatu hari Luqman
Al Hakim diperintahkan majikannya untuk menyembelih seekor kambing dan
mengambil dagingnya yang terbaik untuk jamuan tamu yang dijemput datang.
Luqmanul Hakim kemudian membeli seekor kambing kemudian menyembelihnya dan
mengambil lidah dan hatinya untuk dimasak dan ia buang selebihnya kemudian
disajikan kepada majikan dan para tamunya.
Melihat akan hal itu majikannya marah
dan menegur.” Wahai Luqman, bukankah tadi aku perintahkan kepadamu
untuk mengambil daging yang terbaik untuk jamuan para tamuku?.
Luqmanpun menjawab,”Wahai majikanku,
tidak ada daging yang terbaik dari mahluk kecuali lidah dan hatinya.”
Besok harinya majikannya
memerintahkan kepadanya untuk menyembelih kambing kembali dan menyuruhnya untuk
membuang daging yang paling buruk . Luqmanpun pergi ke pasar untuk membeli
kambing dan menyembelihnya, kemudian ia buang lidah dan hatinya dan ia masak
selebihnya.
Melihat ulah Luqman tersebut sang
majikanpun kesal lalu berkata,” Apa maksudmu wahai Luqman .? Kemarin aku
perintahkan untuk menyembelih kambing dan menghidangkan daging yang terbaik dan
engkau hanya menyuguhkan hati dan lidah saja, dan sekarang ketika aku menyuruh
engkau untuk menyembelih kambing lagi dan memerintahkan kepadamu agar membuang daging
yang terburuk dan yang engkau buang adalah hati dan lidahnya. Apakah kamu
bermaksud mempermainkan aku…?”
”Maafkan hamba tuanku, akan tetapi
apa yang hamba lakukan itu memang sudah sepatutnya, karena Islam mengajarkan
bahwa tidak ada daging yang terbaik kecuali lidah dan hati apabila digunakan
untuk kebaikan dan sebaliknya tidak ada daging terburuk kecuali lidah dan hati
kalau dibuat untuk keburukan.” Jawab Luqman dengan lugas.
Oleh karena itu dalam hal yang sama, sebuah nasehat
dari seorang ‘alim sufi mengatakan:
"لِيَكُنْ
حَظُّ الْمُؤْمِنِ مِنْكَ ثَلاَثَة: إِنْ لَمْ تَنْفَعْهُ فَلاَ تَضُرُّهُ،
وَإِنْ لَمْ تُفْرِحْهُ فَلاَ تَغُمُّهُ، وَإِنْ لَمْ تَمْدَحْهُ فَلاَ تَذُمُّهُ".
"Tiga perkara dalam pergaulan seorang
mu’min: Kalau engkau tidak sanggup membantu orang lain (bagi manfaat),
maka janganlah merugikan dia, dan kalau engkau tidak sanggup menghibur orang
lain (bagi senang), maka janganlah membuatkan dia sedih (susah), kalau engkau
tidak sanggup memuji orang lain, maka janganlah mencelanya".
Hadirin Sidang Jama’at Jum’at Yang Dikasihi Allah Swt.
Ucapan di atas merupakan nasehat dari seorang
tokoh ulama sufi terkenal bernama Imam Yahya bin Mu'az ar-Razi, beliau wafat tahun 258 Hijriah,
beliau sangat aktif memberikan nasehat-nasehat agama, pada kali ini beliau
mengajarkan tentang cara bersosialisasi yang baik antara sesama manusia,
tentunya semakin
banyak relasi semakin banyak juga kesempatan kita untuk hidup dengan senang dan
mendapatkan keuntungan lain dari bersosialisasi, seperti kerja sama akan suatu
hal, saling membantu dan banyak hal positif lainnya yang intinya adalah saling
memberi (Take and Give).
Dari ucapan beliau di atas maka kita dapat menarik
beberapa I’tibar dan pelajaran berharga, demi menjaga hubungan sosial sesama
makhluk Allah, yaitu:
1. MEMBERIKAN PERTOLONGAN,
adalah sifat tolong-menolong yang sudah menjadi sebuah kewajiban dan keharusan
dalam agama, sebab manusia merupakan makhluk sosial, sebagai insan yang
memerlukan khidmat orang lain, dalam hal ini, minimal tindakan yang perlu
dilakukan kalau tidak mampu menolong, membantu dan bagi manfaat kepada orang
lain, yaitu tidak merugikan orang yang sepatutnya di tolong, firman
Allah:
(وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى
وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ)
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan pelanggaran”. (al-Maaidah, ayat: 2).
2. MEMBUAT ORANG SENANG, "وَبَشِّرْ" kata ini disebutkan 18 kali dalam al-Qur’an, kata tersebut
bertujuan untuk menggalakan penyebaran berita gembira dan senang bagi orang
mu’min dan sabar, kalaupun tidak dapat memberikan sebuah kabar, berita dan
maklumat yang boleh menyenangkan hati orang, maka minimal janganlah membuat
orang bersedih hati. Rasul pernah bersabda: فَسَدِّدُوْا وَقَارِبُوْا وَأَبْشِرُوْا
3. MEMUJI ORANG, sudah menjadi
tabi’at manusia ia lebih suka dipuji daripada dihina, Islam membolehkan pujian,
namun tidak berlebihan, sebab ditakutkan orang yang dipuji akan lupa diri,
sehingga menjadi sombong, dan akhirnya binasa, sabda Rasul Saw:
(إِيَّاكُمْ وَالْمَدْحَ فَإِنَّهُ الذَّبْحُ)
"Hindarilah
sanjung-menyanjung karena hal itu merupakan penyembelihan".
Karena agama sangat berhati-hati dalam
pemberian pujian dan sanjungan, maka minimal perkara yang sangat penting untuk
di hindari kalau tidak mampu memberikan sedikit sanjungan dan pujian, adalah
tidak mencela dan menghina orang lain.
Hadirin Sidang Jama’at Jum’at Yang Dikasihi Allah Swt.
Inilah prinsip bersosialisasi dan berinteraksi
yang diajarkan agama, yang dibangun atas tiga sikap:
- Sikap
menghargai,bukan menghina orang.
- Sikap
mengangkat, bukan menjatuhkan orang.
- Sikap
memberikan manfaat, bukan memanfaatkan orang.
قال رسول الله صلى الله عليه
وسلم:
(من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو
ليصمت)، - البخاري ومسلم-
أو كما
قال: (التائب من الذنب كما لا ذنب له، فادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة) - ابن
ماجه-
الخطبة الثانية:
الحمد
لله حمداً كثيراً مباركاً فيه. وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، إقرارا
بربوبيته، وإرغاما لمن جحد به وكفر، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، سيد
الخلائق والبشر. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه
أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
أما
بعد:
فاعلموا
أيها المصلون صلاة الجمعة رحمكم الله ...
أن
خلاصة خُطبتِنا في هذا اليوم تتركز في أهمية اللسان وخطورتِها في التعامل مع
الآخرين، فاحرِصوا على حفظ ألسنتكم واستعملوها فيما ينفعكم، وذلك أن اللسان من
أوجب الواجبات في الإسلام. ولخطورة اللسان قيل فيه: المرء بأصغريه
(قلبه ولسانه)، واللسانُ أداةُ البيان، والمرء مخبوءٌ تحت لسانه، لا تحت طَيلسانه،
واللسان صغيرُ الجِرمِ عظيم الجُرمِ.
فليحذر
الإنسان من لسانه وليعمل جاهداً أن يكون لسانه قائده إلى الجنة وموصله إلى رضوان
الله، فإن كل ما يقول محسوب، إما له أو عليه، قال _تعالى_: "مَا يَلْفِظُ
مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ" وجاء في الحديث أن معاذ بن جبل
_رضي الله عنه_ قال للنبي _صلي الله عليه وسلم_: "يا نبي الله وإنا لمؤاخذون
بما نتكلم به؟ فقال: ثكلتك أمك يا معاذ وهل يكب الناس في النار على وجوههم أو على
مناخرهم إلا حصائد ألسنتهم" وقد عرّف النبي _صلي الله عليه وسلم_ المسلم الحق
الذي استسلم لله ظاهراً وباطناً، فقال: "المسلم من سلم المسلمون من لسانه
ويده" وإن شهوة الكلام من أكثر الشهوات غلبة للناس حتى لا تكاد تجد من يكبح
جماحها، وما النجاة إلا لمن وفقه الله فألزم لسانه حدود ما أراد الله _تعالى_، عن
عقبة بن عامر قال: "قلت يا رسول الله ما النجاة؟ قال أمسك عليك لسانك وليسعك
بيتك، وابك على خطيئتك" قال أبو عيسى هذا حديث حسن.
هذا
وصلوا وسلموا على المبعوث رحمةً للعالمين محمد بن عبد الله صلى الله عليه وآله
وصحبه وسلم الله.
- اللهم أعِزِّ الإسلامَ والمسلمين وأذلِّ
الشركَ والمشركين، اللهم احفظنا بالإسلام قائمين، واحفظنا بالإسلام قاعدين،
واحفظنا بالإسلام راقدين.
- اللهم وفّق ولاةَ أمر المسلمين عامةً
للحكم بكتابِك والعملِ بسنة نبيِّك، ووفّق وُلاةَ أمرِنا خاصةً لكل خير، اللهم خذ
بأيديهم لما فيه خيرَ البلاد والعبادِ.
- اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات،
والمؤمنين والمؤمنات، الأحياء منهم والأموات، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ويا قاضي
الحاجات.
- اللهم انصر ملكَنا:
Yang dipertuang
besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Mukhriz Ibni al-Marhum Tuanku
Munawwir.
وأَبِد بوجوده
مكايدَ أهلِ الظلمِ والكفرِ والخذلان، اللهم ارزقِ العونَ والتوفيقَ:
Dato’ Kelana Petra
Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak. Al-Ma’ruf Bi Undang Luak Sungai Ujung.
وأيده ووفِّقه لما تحبه وترضاه بحُرمة من أرسلته
للعالمين رحمةً وبشرَى. وداعيا إلى الله بإذنه وسراجا منيرا.
- ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة
أعين، واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب
النار.
Ya
Allah berkatila Universiti Sains Islam Malaysia serta warganya. Jadikanlah kami dalam kalangan hamba-hamba-MU
yang sentiasa mendapat hidayah, rahmah kesihatan dan kelapangan, seta
jauhkanlah kami daripada bala bencana dan ancaman wabak mudarat serta penyakit
al-Wahn. Sesungguhnya Engkaulah tempat kami memohon dan mengharapkan
pertolongan.
عباد الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان، وإيتاء ذي القربى، وينهى
عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون، فاذكروا الله العظيم يذكركم،
واشكروه على نعمه يزدكم، واسألوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر، والله يعلم ما
تصنعون...
أقيموا الصلاة ...
***
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment