1) Dapat dicerna oleh semua kalangan dan tingkatan.
2) Membantu para peminat bahasa arab, baik yang berada pada jenjang pesantren, guru bahasa Arab, ataupun mahasiswa, demi mengembangkan secara mendalam kosa kata Arab dari segi padanan, persamaan atau kemiripan.
3) Mendukung khazanah kosa kata bagi para periset dan penulis.
4) Memperlancar penerjemahan dan alih bahasa.
5) Membantu para diplomat yang bertugas di timur tengah dalam berinteraksi dan menyampaikan sambutan, ucapan dan pidato.
6) Menggalakkan bagi siapa saja yang berminat untuk menulis artikel, buku dan kajian-kajian yang menggunakan bahasa Arab.
Imam Yahya Bin Mu'az berpesan:"Tigaperkara dalam adab pergaulan seorang mu’min:
1) Kalau engkau tidak sanggup membantu orang lain (bagi manfaat), maka janganlah merugikan dia.
2) Dan kalau engkau tidak sanggup menghibur orang lain (bagi senang), maka janganlah membuatkan dia sedih (susah).
3)kalau engkau tidak sanggup memuji orang lain, maka janganlah mencelanya".
KUNCI KEBERHASILAN
Adalah maju ketika orang lain berhenti, terbangun ketika orang lain tertidur, serius ketika orang lain santai, siap menerima kritikan dan saran orang lain.
Rasul bersabda: (إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ) “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu sekalian, bila mengerjakan sesuatu maka hendaklah dengan penuh ketekunan”.
KEBERKAHAN ILMU
Adalah ilmu yang bermanfaat bagi diri sendiri dan orang lain, istiqamah dalam ilmu yang dituntut, bukan karena mengejar dunia.
Rasul bersabda: (خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاس)ِ”Sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat bagi orang lain”.
HAKIKAT IRI HATI (HASAD)
Iri hati seseorang kepada orang lain, menandakan ia ingin seperti orang tersebut, namun ia tidak mampu sepertinya, dan hakikatnya ia orang yang tidak mengakui adanya takdir ilahi.
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi Para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (an Nisa’: 32)
Pemikiran
Imam Mahdi adalah persolan yang rumit dan sukar diuraikan jika ianya dilihat
dari segi ilmu sosiologi moden. Sebab ada terdapat pelbagai tanggapan dan
tafsiran yang dapat dirumuskan daripada setiap pengakuan yang dibuat oleh para
ulama dan sarjana. Sehingga masalah ini menjadi masalah yang paling kontroversi
di kalangan umat Islam sejak dahulu hingga kini. Bahkan dalam sejarah
perjalanan dunia, terdapat individu tertentu sengaja mengeskploitasi konsep
imam Mahdi ini demi kepentingan dan kemaslahatan sendiri, sehingga sikap ini
akan menimbulkan masalah dan keresahan serta cabaran bagi ulama Akidah atau
pengkaji dan pemerhati isu-isu Akidah Islam dari dahulu hingga sekarang.
Di samping itu persoalan Imam Mahdi adalah masalah
am/universal dan melibatkan semua agama-agama di dunia, sama ada agama samawi
atau konvensional. Hal ini dikeranakan Imam Mahdi itu adalah pemimpin dunia
secara keseluruhan, pemimpin bagi seluruh manusia, bukan sekadar pemimpin umat
Islam atau sekelompok manusia saja. Dari perspektif Islam, pemikiran
tentang imam Mahdi adalah merupakan bagian dari permasalahan agama dalam akidah
Islam, Ahlu Sunnah wal Jama’ah dan Syiah sepakat bahawa imam Mahdi akan muncul
di akhir zaman, namun bezanya, Sunni menganggap persoalan imam Mahdi sebagai
cabang permasalahan akidah “Furu’ al-Akidah al-Islamiah”, oleh kerana itu
–dalam lembaran buku ini- tidak heran kalau dikalangan Ahli Sunnah wal Jama’ah
terdapat pandangan yang menolak keras konsep imam Mahdi, sebab ianya hanya
setakat persoalan cabang dalam akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah, sehingga tidak
perlu dibincangkan secara mendalam dan serius, sementara Syiah menjadikannya
sebagai asas Akidah Islam “Usul Akidah Islamiah”. Maka perbincangan ini adalah
asa di dalam agama dalam bab “Imamah”.
Dari sini, menurut Syiah orang yang tidak percaya dengan imam
Mahdi sama halnya ingkar kepada kewujudan Rasul dan para imam-imam Syiah yang
ma’sum, dalam kitab syiah “Ikmal al-Din” disebutkan sebuah hadis:
“Orang yang mengingkari bahawa al-Qaaim- imam Mahdi ghaib
(menghilang), ia sama halnya Iblis yang menolak untuk bersujud di hadapan nabi
Adam” .
Dari sinilah akidah “Mahdiyyah” dalam tradisi Syi'ah
merupakan sebuah prinsip keyakinan yang wajib didedahkan, diwar-warkan dan
dipertahankan bahawa di penghujung zaman nanti pasti akan muncul seorang tokoh
berasal dari keturunan Ahlul-Bait yang akan menegakkan kebenaran ajaran syiah,
memberantas segala bentuk kecurangan, dan mengadakan pemerataan keadilan. Ia
akan memegang kekuasaan tertinggi di dunia Islam dan menjadi ikutan ummat
manusia. Dengan kata lain tokoh tersebut adalah “penyelamat dunia”.
Latar belakang yang mendorong penulis untuk bincang lebih
dalam masalah imam Mahdi, sebab ianya merupakan satu polemik besar dijadikan
sebagai pembahasan aktual, dan beberapa masalah lahir akibat daripada
kepercayaan terhadap kemunculuan imam Mahdi, seperti orang yang sengaja mengaku
imam Mahdi, sehingga senantiasa diulas dan dibicarakan dalam masyarakat. Dan
dalam kalangan intelektual sendiri imam Mahdi dijadikan sebagai perbincangan
yang amat menarik secara ilmiah. Melihat fenomena di atas, maka penulis
akan bahas lebih jauh tentang hakikat imam Mahdi dalam Islam secara am/keseluruhan,
di samping itu membandingkan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah dengan Syiah
Imamiah Itsna’Asyariah secara khas. Begitu juga pandangan agama Kristian dan
Yahudi tetang konsep imam Mahdi.
Harapan penulis, semoga dengan lahirnya buku ini dihadapan
para pembaca dan peminat buku-buku penerbit PTS Millennia, dapat mendapatkan
pemahaman yang mendalam tentang hakikat imam Mahdi yang ditunggu-tunggu
kedatangannya di akhir zaman.
Prof Madya. Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Associate Professor Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM)
20/Ogos/ 2015
ISI KANDUNGAN
BAB 1: Mengenal Imam Mahdi Ahli Sunnah wal Jamaah
Definisi Imam Mahdi
Gelaran-Gelaran Imam Mahdi
Peringkat Hidayah
Bentuk Fizikal Imam Mahdi
Keperibadian Imam Mahdi
Waktu dan Masa Kepemimpinan Imam Mahdi
Tempat Kemunculan Imam Mahdi
Tanda-Tanda Kemunculan Imam Mahdi
Tujuan Kemunculan Imam Mahdi
BAB 2: Dalil-Dalil Imam Mahdi Sunni dan Syiah
Dalil-Dalil Imam Mahdi Sunni
1) Laporan Ummu Salamah
2) Laporan Saidina Ali r.a.
3) Laporan Abdullah bin Mas’ud
4) Laporan Abu Sa’id Al-Khudri
5) Laporan Thauban
6) Laporan Jabir bin Abdullah
7) Laporan Abu Hurairah
Dalil-Dalil Imam Mahdi Syiah
1) Ayat-Ayat Al-Quran
2) Dalil-Dalil Hadith
Laporan Syeikh As-Saduq
Laporan Al-Kulaini
Laporan An-Nu’mani
BAB 3: Kepentingan dan Perhatian Ulama tentang Imam Mahdi
Pemikiran Imam Mahdi adalah persolan yang rumit dan sukar diuraikan jika ianya dilihat dari segi ilmu sosiologi moden. Sebab ada terdapat pelbagai tanggapan dan tafsiran yang dapat dirumuskan daripada setiap pengakuan yang dibuat oleh para ulama dan sarjana. Sehingga masalah ini menjadi masalah yang paling kontroversi di kalangan umat Islam sejak dahulu hingga kini. Bahkan dalam sejarah perjalanan dunia, terdapat individu tertentu sengaja mengeskploitasi konsep imam Mahdi ini demi kepentingan dan kemaslahatan sendiri, sehingga sikap ini akan menimbulkan masalah dan keresahan serta cabaran bagi ulama Akidah atau pengkaji dan pemerhati isu-isu Akidah Islam dari dahulu hingga sekarang.
Di samping itu persoalan Imam Mahdi adalah masalah am/universal dan melibatkan semua agama-agama di dunia, sama ada agama samawi atau konvensional. Hal ini dikeranakan Imam Mahdi itu adalah pemimpin dunia secara keseluruhan, pemimpin bagi seluruh manusia, bukan sekadar pemimpin umat Islam atau sekelompok manusia saja.
Dari perspektif Islam, pemikiran tentang imam Mahdi adalah merupakan bagian dari permasalahan agama dalam akidah Islam, Ahlu Sunnah wal Jama’ah dan Syiah sepakat bahawa imam Mahdi akan muncul di akhir zaman, namun bezanya, Sunni menganggap persoalan imam Mahdi sebagai cabang permasalahan akidah “Furu’ al-Akidah al-Islamiah”, oleh kerana itu –dalam lembaran buku ini- tidak heran kalau dikalangan Ahli Sunnah wal Jama’ah terdapat pandangan yang menolak keras konsep imam Mahdi, sebab ianya hanya setakat persoalan cabang dalam akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah, sehingga tidak perlu dibincangkan secara mendalam dan serius, sementara Syiah menjadikannya sebagai asas Akidah Islam “Usul Akidah Islamiah”. Maka perbincangan ini adalah asa di dalam agama dalam bab “Imamah”.
Dari sini, menurut Syiah orang yang tidak percaya dengan imam Mahdi sama halnya ingkar kepada kewujudan Rasul dan para imam-imam Syiah yang ma’sum, dalam kitab syiah “Ikmal al-Din” disebutkan sebuah hadis:
“Orang yang mengingkari bahawa al-Qaaim- imam Mahdi ghaib (menghilang), ia sama halnya Iblis yang menolak untuk bersujud di hadapan nabi Adam” .
Dari sinilah akidah “Mahdiyyah” dalam tradisi Syi'ah merupakan sebuah prinsip keyakinan yang wajib didedahkan, diwar-warkan dan dipertahankan bahawa di penghujung zaman nanti pasti akan muncul seorang tokoh berasal dari keturunan Ahlul-Bait yang akan menegakkan kebenaran ajaran syiah, memberantas segala bentuk kecurangan, dan mengadakan pemerataan keadilan. Ia akan memegang kekuasaan tertinggi di dunia Islam dan menjadi ikutan ummat manusia. Dengan kata lain tokoh tersebut adalah “penyelamat dunia”.
Latar belakang yang mendorong penulis untuk bincang lebih dalam masalah imam Mahdi, sebab ianya merupakan satu polemik besar dijadikan sebagai pembahasan aktual, dan beberapa masalah lahir akibat daripada kepercayaan terhadap kemunculuan imam Mahdi, seperti orang yang sengaja mengaku imam Mahdi, sehingga senantiasa diulas dan dibicarakan dalam masyarakat. Dan dalam kalangan intelektual sendiri imam Mahdi dijadikan sebagai perbincangan yang amat menarik secara ilmiah.
Melihat fenomena di atas, maka penulis akan bahas lebih jauh tentang hakikat imam Mahdi dalam Islam secara am/keseluruhan, di samping itu membandingkan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah dengan Syiah Imamiah Itsna’Asyariah secara khas. Begitu juga pandangan agama Kristian dan Yahudi tetang konsep imam Mahdi.
Harapan penulis, semoga dengan lahirnya buku ini dihadapan para pembaca dan peminat buku-buku penerbit PTS Millennia, dapat mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang hakikat imam Mahdi yang ditunggu-tunggu kedatangannya di akhir zaman.
Prof Madya. Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Associate Professor
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
20/Ogos/ 2015
ISI KANDUNGAN
BAB 1: Mengenal Imam Mahdi Ahli Sunnah wal Jamaah
Definisi Imam Mahdi
Gelaran-Gelaran Imam Mahdi
Peringkat Hidayah
Bentuk Fizikal Imam Mahdi
Keperibadian Imam Mahdi
Waktu dan Masa Kepemimpinan Imam Mahdi
Tempat Kemunculan Imam Mahdi
Tanda-Tanda Kemunculan Imam Mahdi
Tujuan Kemunculan Imam Mahdi
BAB 2: Dalil-Dalil Imam Mahdi Sunni dan Syiah
Dalil-Dalil Imam Mahdi Sunni
1) Laporan Ummu Salamah
2) Laporan Saidina Ali r.a.
3) Laporan Abdullah bin Mas’ud
4) Laporan Abu Sa’id Al-Khudri
5) Laporan Thauban
6) Laporan Jabir bin Abdullah
7) Laporan Abu Hurairah
Dalil-Dalil Imam Mahdi Syiah
1) Ayat-Ayat Al-Quran
2) Dalil-Dalil Hadith
Laporan Syeikh As-Saduq
Laporan Al-Kulaini
Laporan An-Nu’mani
BAB 3: Kepentingan dan Perhatian Ulama tentang Imam Mahdi
POLEMIK AQIDAH FILSAFAT (SYI'AH VS SYI'AH VS SUNNI) (موقف الزيدية من العقيدة الإسماعيلية وفلسفتها)
Darul Kutub Ilmiah, Bairut-Lebanon 10/2009 (Hal:480) "Raih Augerah Buku Terbaik USIM 2009"حائز على جائزة أحسن كتاب بجامعة العلوم الإسلامية الماليزية عام 2010
PERPECAHAN TEOLOGI ISLAM
Darul Kutub Ilmiah, Bairut-Lebanon 05/2011 (Hal:288) ISBN 2-7451-7246-8
ALIRAN-ALIRAN TEOLOGI ISLAM
USIM, Nilai-Malaysia 12/2010 (Hal: 453)
PERPECAHAN POLITIK SYIAH
USIM, Nilai-Malaysia 04/2009 (Hal: 243)
PENGANTAR ILMU KALAM
ISBN: 978-967-5295-79-9. USIM, Page: 294
PROBLEMATIKA AQIDAH DALAM PERSPEKTIF IMAM AL-QURTHUBI (مسائل الاعتقاد عند الإمام القرطبي)
Muassasah al-Alya, Kairo-Mesir 06/2006 (Hal:432)
PERSETERUAN POLITIK "Syi'ah vs Syia'h & Tanggapan Sunni"
Akan Terbit (Dar'ami Publishing, Jakarta) Hal: 275
Akan Terbit Edisi Revisi Kamus "Syawarifiyyah"
Penerbit Dar'ami Publishing, Jakarta (Hal: 875)
Kajian Teks-Teks Akidah (دراسة نصية)
Nilai, Malaysia, 20/02/2012, Hal 85, "Buku Teks"
SEJARAH ALIRAN-ALIRAN TEOLOGI ISLAM (التيارات الكلامية ونشأتها))