Tuesday, November 4, 2014

AL-MAZAHIB AL-AQAIDIYYAH


“AL-MAZAHIB AL-AQAIDIYYAH” 


Cetakan kedua 10/2014 

Cetakan pertama 08/2011


ISBN: 978-967-440-096-5

Penerbit: USIM

Total Pages: 575 m/s

Font: 16 (Traditional Arabic)

ISBN: 978-967-440-096-5




Wednesday, October 1, 2014

ADAKAH KAWANKU SYIAH?

New book ... 28 Aug 2014


Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-269-1 
Tarikh Terbit: 28 Aug 2014
Jumlah Muka Surat : 396
Kategori: Islam, Akidah, Bukan Fiksyen Umum
Siri:
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd



“ADAKAH KAWANKU SYIAH”, itulah judul buku yang diberikan oleh penerbit buku saya kali ini, dan bertujuan membantu masyarakat dalam mengenalpasti golongan Syiah Imamiah Itsna’Asyariah yang dikenal dengan sebutan “Syiah Imam Dua Belas”. Di antara konten buku ini adalah penjelasan tentang mengenal akidah Syiah dan percanggahannya dengan akidah Sunni, Isu-isu Sunni dan Syiah terutama slogan “Pendekatan Sunni dan Syiah”. Para pembaca yang budiman, Syiah lebih awal menyesatkan dan mengkafirkan Ahlu Sunnah, pandangan “Pengkafiran Sahabat” merupakan hal yang melampau dan negatif. Dan pandangan ini seakan-akan dijadikan pijakan dasar ajaran Syiah. Sikap mereka itu adalah warisan dendam teori politik mereka yang meyakini bahawa Rasulullah saw telah berwasiat jika beliau wafat maka Ali bin Abi Talib adalah pengganti beliau. Berbagai usaha telah dilakukan dengan maksimal untuk mendekatkan sunni dengan syiah Imamiyah. Dan projek pendekatan tersebut telah ditumpukan semenjak tahun empat puluhan, dengan didirikannya pusat pendekatan antar mazhab Islam di Mesir, yang dikenal dengan nama “Darul Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiyah”, dengan menerbitkan majalah “Risalah al-Islam”. Para pendirinya terdiri dari perwakilan kedua mazhab sunnah & syi’ah. Aliran sunnah diwakili oleh beberapa tokoh terkemuka ketika itu, yaitu: syekh Mustafa al-Maraghi, syekh Mahmoud Syaltut, dan syekh Mustafa Abd Raziq. Sedangkan pihak syi’ah diwakili oleh tokoh-tokoh syi’ah, yaitu: Sayyid Muhammad Husain Kasyif al-Ghita’, Sayyid Jawwad Maghniah, Sayyid Syarafuddin al-Musawi dll. Kemudian disusul dengan pendirian berbagai pusat pendekatan lain, seperti di Yordania didirikan “Mu`assasah Ahlul Bait li al-Fikri al-Islami”. Dan pada tahun 1984 didirikan “Mu`assasah al-Imam al-Khuu’I li at-Taqrib Baina al-Mazahib”. Bahkan pada tahun 1991, Syi’ah di Iran merasa perlu mendirikan sebuah pusat yang orientasinya sama, yaitu pendekatan sunnah & syi’ah, dengan nama “Mua`ssasah al-Majma’ al-‘Alami li at-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah”. Di samping itu banyak lagi usaha-usaha ilmiah untuk mendekatkan kedua golongan tersebut, baik melalui seminar-seminar nasional dan internasional yang diadakan di berbagai negara-negara Islam. Namun semua usaha di atas nampaknya tidak berpengaruh dan tidak efektif sebagaimana yang diharapkan dan diprediksikan oleh para tokoh-tokoh yang berperan langsung dalam projek “Taqrib” tersebut. Bahkan sikap caci mencaci, tuding-menuding, saling mengkafirkan antara satu dengan lainnya volumenya semakin meningkat. Tidak dapat disangsikan dalam berbagai forum, media massa, majalah, surat kabar, dan buku-buku banyak ditemui unsur saling kecam-mengecam, bahkan menuduh golongan lain telah keluar dari Islam, dan ini adalah suatu fenomena yang sangat berbahaya. Mengamati fenomena ini nampaknya projek “Taqrib Baina al-Mazahib” sudah berhenti, tidak berfungsi, dan tidak bermakna lagi (expire). Kegagalan Taqrib ini dapat dilihat dalam kenyataan salah seorang pemikir Islam Prof. Dr. Muhammad Imarah (Peraih Phd, Fakulti Darul Ulum Cairo University 1975) dalam salah satu bukunya yang bertajuk: “Fitnah al-Takfir”, beliau menilai dengan tegas bahawa orang-orang syiah-lah yang memulakan penyesatan dan pengkafiran terhadap Ahlu Sunnah, dan baginya persatuan umat islam itu jelas sangat diperlukan, ianya merupakan suatu kewajiban bagi umat muslim. Namun kaum Syiah Imamiah telah mengeluarkan seluruh kaum Ahlu Sunnah sejak zaman sahabat hingga hari kiamat dari lingkaran agama dan umat islam -dalam artian mereka telah mengkafirkan Ahlu Sunnah. Maka masihkah ada pembenaran atas ajakan pendekatan antara Sunni dan Syiah?. Oleh karena itu dalamperbincangan hubungan Sunni dan Syiah, penulis inginkan pendekatan lain yang bukan bersifat Taqrib yang sudah pupus ditelan zaman, disebabkan karena perbezaan antara sunni dan syiah sangat fundamental sehingga tidak dapat didekatkan antara satu sama lain,melainkan pendekatan baharu perlu diusahakan iaitu membangun sikap toleransi antar mazhab “al-Tasamuh Baina al-Mazahib”. Tentunya pendekatan ini hanya dapat diselesaikan dengan cara saling hormat menghormati, bukan saling caci mencaci, dan inilah matlamat Tasamuh. Untuk memudahkan pemaparan buku ini, maka penulis batasi beberapa kemusykilan dengan beberapa pertanyaan yang sering didengar iaitu: Siapakah Sunni? Siapakah Syiah? Apa perbezaan Sunni dan Syiah? Bagaimana pandangan Syiah terhadap Al-Qur`an, Al-Sunnah dan para sahabat? Apakah syiah sesat atau kafir? Bolehkah sunni dan syiah berdamai? Bagaimana syiah menyebar keseluruh dunia?. Di samping itu, penulis juga memuatkan sebuah dokumen teks pelan strategi syiah 50 tahun semenjak rovolusi Iran tahun 1979 di bawah pimpinan Imam Khumaini, yang bertujuan setelah revolusi tersebutberhasil ingin meng-eksport revolusi ini ke dunia Islam, sehingga di kemudian hari diharapkan dapat menguasai dunia islam yang mayoritinya adalah kurang lebih 80 % Ahlu Sunnah wa Al Jama’ah. Dokumen ini disebarkan oleh Ikatan Ahlu Sunnah di Iran, begitu pula majalah-majalah di berbagai negara Ahlu Sunnah, termasuk diantaranya Majalah al-Bayan, edisi 123, Maret 1998. Teks ini asalnya bahasa Parsi dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Abdul Rahim al-Balusyi. Oleh kerana itu, buku ini lahir atas jawaban pertanyaan-pertanyaan di atas dan sering dibangkitkan oleh masyarakat di mana-mana komuniti, wilayah, negara, dan khususnya ketika penulis tampil diberbagi forum-forum perbincangan tentang syiah, baik dalam peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Penulisan buku ini bersifat ilmiah, kerana ditulis berdasarkan lebih 100 rujukan buku primer syiah Imamiah Itsna’Asyariah dan selebihnya adalah rujukan kitab selain Syiah seperti, Asy’ariah, Maturidiah, Mu’tazilah dan Zahiriah, serta berbagai data yang aktual dan valid dari internet, dan untuk memperjelas masalah-masalah yang dibincangkan dalam buku, penulis menggunakan metode perbandingan yang bertujuan memudahkan pemahaman hakikat Sunni dan Syiah. Bahkan jika terjadi perselisihan dikalangan Syiah sendiri, maka penulis menjelaskan pandangan yang mu’tamad atau sekurang-kurangnya memberikan isyarat pandangan yang paling tepat dalam akidah Syiah. Apapun halnya, buku ini memiliki tujuan utama iaitu melihara akidah Ahlu Sunnah wa Al Jama’ah dari berbagai penyimpangan-penyimpangan yang dapat meracuni masyarakat Ahlu Sunnah wa Al Jama’ah. Oleh karena itu mudah-mudahan dengan hadirnya buku ini dihadapan para pembaca dari berbagai kalangan masyarakat dapat menjadikan bahan referensi serta memudahkan untuk memahami lebih jauh tentang golongan Syiah Imamiah. 

Prakata

BAB 1
Pengenalan tentang Ahlu Sunnah dan Syiah
Siapakah Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan bagaimanakah akidah mereka?
Definisi Ahlu Sunnah Wal Jamaah
Siapakah Syiah?
Berapakah pecahan puak-puak syiah?
Siapakah Syiah Rafidah?
Adakah puak-puak syiah berbeza pandangan politik?
Tiga puak besar Syiah Imamiah

BAB 2
Perbezaan akidah sunni dan syiah
Apakah yang membezakan rukun iman sunni dan syiah?
Rukun iman sunni
Rukun Iman syiah
Iman kepada Allah s.w.t., sifat-sifat-Nya, rasul-rasul-Nya
Iman kepada malaikat
Iman kepada kitab-kitab
Syiah imamiah meminjam Al-Quran sunni
Pandangan ulama syiah tentang penyelewengan Al-Quran puak sunni
Al-Quran versi syiah
Motif ulama syiah yang berpendapat tahrif (Kepalsuan Al-Quran sunni)
Di manakah keberadaan Al-Quran syiah pada saat ini?
Iman kepada para rasul
Iman kepada hari kiamat
Iman kepada qada'dan qadar (takdir)
Pertama: takdir adalah rahsia Allah
Kedua: perubahan takdir
Apa yang membezakan rukun Islam sunni dan syiah?
Rukun Islam Sunni
Rukun Islam syiah
Lima keyakinan syiah Imamiah yang kontroversi
Kedua: Al-Mahdi
Ketiga: Al-Raj'ah
Keempat: Al-Taqiyah
Kelima: Al-Badaa'

BAB 3
Hadith dari perspektif sunni dan syiah
Apakah sama hadith sunni dan hadis syiah?
Pembahagian hadith dari perspektif syiah Imamiah usuliyah
Apakah kitab Al-kafi seluruh isinya sahih?
Pertama: Golongan yang mengakui kesahihan Al-Kafi seratus peratus
Kedua:Golongan yang tidak mengakui kesahihan Al-kafi seratus peratus.

BAB 4
Syiah dan sahabat
Sikap syiah imamah terhadap para sahabat nabi?
Beberapa kesesatan akidah syiah imamiah dalam pandangan sunni

BAB 5
Taqrib sunni syiah
Bolehkah sunni dan syiah berdamai?
Intelektual syiah imamiah antara ektremise dan kesederhanaan
Pertama: pandangan ulama moderat syiah imamiah
Kedua: pandangan ulama ektrim syiah imamiah


BAB 6
Ibadah dan amalan syiah
Bagaimana mengetahui bentuk perlaksanaan ibadah syiah?
Azan syiah imamiah
Solat syiah imamiah tiga waktu:
Sujud di atas turba karbala:
Solat jumaat syiah:
Nikah mut'ah
Ritual hari asyura

BAB 7
Sekilas perkembangan dan penyebaran syiah
Bagaimana syiah berkembang dan menyebar di negara-negara sunni?
Marja' syiah (pusat fatwa syiah)
Teori memperkuat pilar-pilar negara:
Fasa pertama: Fasa penubuhan (التنظيم والبناء) dari awal sampai 10 tahun
Fasa kedua: Fasa penjajakan/ pembelajaran lapangan (دراسة ميدانية) dari tahun ke 10 hingga 20 tahun
Fasa ketiga: Fasa start up/ approach (الاقتراب و التقريب) dari tahun ke 20 hingga ke 30 tahun
Fasa keempat: masa penubuhan/ penyusupan (التسلل) dari tahun ke 30 hingga 40 tahun
Fasa kelima: fasa kem atangan dan kejayaan (التثبيت) dari tahun ke 40 hingga 50 tahun
Usaha yang sepatutnya dilakukan menghadapi cabaran perkembangan syiah?
Hal yang patut difahamkan kepada kalangan sunni
 — 

Monday, September 1, 2014

SUNNI SYIAH ANTARA TAQRIB & TASAMUH

SUNNI SYIAH
Antara Taqrib & Tasamuh
Profesor Madya. Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
 Head of Department Akidah and Religion Studies 
  Universiti Sains Islam Malaysia
Dunia pernah dikejutkan dengan 251.000 dokumen yang dibocorkan oleh Wikileaks. Hingga saat ini, kira-kira 1.824 dokumen ditayangkan kepada khalayak yang dimuat dalam laman webnya. Kemudian disebarkan oleh beberapa majalah seperti El Pais, The Guardian, New York Times Der Spiegel, dan lain-lain. Dokumen-dokumen itu menayangkan situasi umat Islam yang sedang menghadapi permasalahan besar dan serius. Negara Islam digambarkan saling bersahabat, tetapi dibalik itu saling menikam dari belakang. Hal ini menunjukkan hilangnya kepercayaan sesama negara Islam. Di samping itu, umat Islam berada dalam arena penjajahan modern, yaitu penjajahan pemikiran (Ghazwul Fikri). Kandungannya adalah pemikiran Barat, manakala hasil produknya adalah liberal dan sekular. Pemikiran ini melanda beberapa intelektual Islam yang menghasilkan produk Liberal di negara-negara Arab. Ia dikenali sebagai al-’almaniyyun atau Islam liberal. Ini adalah persoalan dan masalah yang perlu diberikan fokus Asya’irah, Syiah, Salafi, Wahabi, Khawarij dan Muktazilah dalam mencari penyelesaian.


Alangkah indahnya persaudaraan sesama Islam tanpa menghiraukan aliran sekiranya kita merenungkan ucapan Imam At-Thahawi:
وَلاَ نُكَفِّرُ أَحَدًا مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ بِذَنْبٍ مَالَمْ يَسْتَحِلُّهُ
"Kami tidak mengkafirkan seseorang dari umat Islam selama ia tidak menghalalkan dosa yang dibuat".
Maksudnya, tidak perlu saling mengkafirkan antara umat Islam, karena itu adalah urusan Allah swt bukan manusia. Masalah takfir (kafir-mengkafir) berat karena berkaitan dengan urusan surga dan neraka. Di samping itu, tidak ada jaminan pada diri ataupun kelompok masing-masing mengenai kepastian untuk ke surga.
Mudah-mudahan, pemikiran Ahli Sunnah dan Syiah dapat disatukan dalam wujud membela Islam. Ini adalah tujuan mulia dan utama demi menciptakan kekuatan, kebangkitan dan kemakmuran di seluruh negara Islam. Namun, tidak mungkin dalam wujud penyatuan Akidah (kepercayaan). Sebab perbezaan antara Ahli Sunnah dan Syiah melebihi batas penelitian ilmiah dan membawa kepada sifat fanatik. Sifat seperti ini tidak pernah menyelesaikan masalah, bahkan mengeruhkan masalah yang ada. Sikap fanatik ini menyebabkan kemunduran kajian-kajian teologi Islam sehingga kandungan kitab-kitab klasik (kutub at-turats) dipenuhi dengan berbagai kecaman dan hinaan. Imam Yahya bin Muaz berpesan:
إِنْ لَمْ تَنْفَعْهُ فَلاَ تَضُرُّهُ، وَإِنْ لَمْ تُفْرِحُهُ فَلاَ تَغُمُّهُ، وَإِنْ لَمْ تَمْدَحْهُ فَلاَ تَذُمُّهُ
“Kalau engkau tidak sanggup membantu orang lain, jangan merugikan dia. Kalau engkau tidak sanggup menghiburkan orang lain, jangan membuatkan dia sedih. Sekiranya engkau tidak sanggup memuji orang lain, jangan mencelanya”.
Dalam etika beragama, Islam mengajarkan supaya tidak memaksa orang lain. Tugas kita hanya menyampaikan, bukan memaksa golongan lain menyertai golongan kita, sebagaimana ayat Allah Swt.:
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيّ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّـاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَانفِصَامَ لَهَا وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Tidak ada paksaan dalam agama (memasuki Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thagut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah, ayat 256)
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ
“Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat”. (Surah Hud, ayat 118)
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا ۚ أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?. (Surah Yunus, ayat 99)
Tidak salah berbeza pendapat, asalkan perbezaan itu tidak membawa kepada permusuhan. Kita boleh menganggap golongan lain yang bersalah, namun tidak boleh mencela dan mencaci. Kita perlu menanamkan sikap toleransi bukan ta’ashub, menyambung persaudaraan sesama muslim bukannya memutuskan hubungan, berdialog bukan berseteru antara satu sama lain. Utamakan agama bukan mazhab dan golongan.
Untuk melahirkan kedamaian antara sunni dan syiah, maka sebaiknya mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Sunni dan Syiah sama-sama memiliki kebenaran dan kesalahan (khilaf), oleh karena itu, sebaiknya masing-masing golongan memelihara kebenaran yang dimiliki dan membuang kesalahan sikap yang ada khususnya hal-hal yang bernuansa “Takfir”, atau sekurang-kurangnya jangan saling menjajah dan mempengaruhi golongan lain, yang Islamnya Sunni biarkanlah mejadi muslim Sunni sepanjang hayat, begitupun sebaliknya yang sudah Syi’ah silahkan amalkan ideologi yang diyakini.
2. Masalah umat Islam saat ini adalah isu murtad, atau sekurang-kurangnya keterbelakangan dunia Islam dari berbagai aspek kehidupan, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Inilah tantangan dan cobaan utama, sehingga wajib menjadi perhatian bagi Sunni dan Syiah. Bukan justru mengulang sejarah hitam masa lampau seperti perang “Jamal” & “Shiffin” (sebuah wilayah di antara Kufah dan Syam). Di tempat itulah terjadi pertempuran antara pendukung Ali bin Abi Thalib dan Muawiyah bin Abi Sufyan. Tidak perlu mengulang sejarah ini khususnya di negara-negara Islam di Asean. Biarkanlah ia menjadi sejarah masa lalu, dan kita harus menciptakan sejarah baru Islam dengan kemajuan sains dan teknologi.
3. Sesungguhnya Syi’ah saat ini mempercayai bahwa Al-Qur’an yang ada sekarang ini atau mushaf Utsmani adalah benar dan mereka beramal dengannya. Dan inilah yang mendorong ulama Syi’ah bernama al-Sayyed Murtadha al-Ridhawi membuat sebuah buku khusus untuk membantah pandangan-pandangan ulama Syi’ah yang tidak mengakui mushaf Utsmani. Bahkan dari segi judul, dengan jelas beliau mencantumkan “al-Burhan ‘Ala ‘Adami Tahrif al-Qur’an” yang bermakna peniadaan penyimpangan Al-Qur’an (Mushaf Utsmani). Dan sebagai bukti yang lain, di Iran orang syi’ah membaca dan memperdengarkan ayat Al-Qur’an yang sama dengan sunni yang dikenal dengan Mushaf Utsmani, di samping itu Al-Qur’an inilah yang dipertandingkan dalam peringkat internasional di Iran, baik dalam Musabah Hifdzi al-Qur’an (Hafalan Al-Qur’an) ataupun Musabaqah Tarannum (Lagu Al-Qur’an).
Dalam sejarah Taqrib (rekonsiliasi) atau sebuah usaha damai dan pendekatan antara mazhab sunni & syi’ah, dalam hal ini syekh Mahmud Syaltut (mantan syekh al-Azhar wafat tahun 1963) pernah memfatwakan bahwa orang sunni boleh beribadah menurut mazhab ja’fari (fiqh Imamiyah). Dan fatwa secara tidak langsung memberikan sebuah kenyataan bahawa syiah Imamiah tidaklah sesat. Dan yang menarik dari fatwa ini, tidak ditemukan atau ditulis dalam empat kitab besar beliau, namun dimuat oleh majalah “Risalah al-Islam”, hal: 227-228, edisi ketiga, 6/1959 yang dikeluarkan oleh lembaga pendekatan mazhab-mazhab Islam, Kaherah. Oleh kerana itu ada berbagai penilaian ulama tentang fatwa yang dikeluarkan oleh beliau ini. Dan Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi kurang yakin dengan fatwa tersebut bahkan beliau menafikan keaslian adanya fatwa tersebut. Akan tetapi walau bagaimanapun penafian ini dapat disangkal, sebab dalam arsip ditemukan teks asli ucapan fatwa dalam majalah “Risalah al-Islam”:
قِيْلَ لِفَضِيْلَتِهِ: إِنَّ بَعْضَ النَّاسِ يَرَي أَنَّهُ يَجِبُ عَلَى الْمُسْلِمِ لِکَى تَقَعُ عِبَادَاتُهُ وَمُعَامَلاَتُهُ عَلَى وَجْهٍ صَحِيْحٍ أَنْ يُقَلِّدَ أَحَدَ الْمَذَاهِبِ الأَرْبَعَةِ الْمَعْرُوْفَةِ وَلَيْسَ مِنْ بَيْنِهَا مَذْهَبُ الشِّيْعَةِ الإِمَامِيَّةِ وَلاَ الشِّيْعَةِ الزَّيْدِيَّةِ، فَهَلْ تُوَافِقُوْنَ فَضِيْلَتَکُمْ عَلَى هَذَا الرَّأْيِ عَلَى إِطْلاَقِهِ فَتَمْنَعُوْنَ تَقْلِيْدَ مَذْهَبِ الشِّيْعَةِ الإِمَامِيَّةِ الإِثْنَا عَشَرِيَّةِ مَثَلاً. فَأَجَابَ فَضِيْلَتُهُ: "إِنَّ الإِسْلاَم َلاَ يُوْجِبُ عَلَى أَحَدٍ مِنْ أَتْبَاعِهِ اِتِّبَاعَ مَذْهَبٍ مُعَيَّنٍ بَلْ نَقُوْلُ: إِنَّ لِکُلِّ مُسْلِمٍ الْحَقُّ فِي أَنْ يُقَلِّدَ بَادِيءَ ذِي بَدْءٍ أَيْ مَذْهَبٍ مِنَ الْمَذَاهِبِ الْمَنْقُوْلَةِ نَقْلاً صَحِيْحاً وَالْمُدَوَّنَةُ أَحْکَامِهَا فِي کُتُبِهَا الْخَاصَّةُ، وَ لِمَنْ قَلَّدَ مَذْهًباً مِنْ هَذِهِ الْمَذَاهِبِ أَنْ يَنْتَقِلَ إِلَي غَيْرِهِ أَىّ مَذْهَبٍ کَانَ وَلاَ حَرَجَ عَلَيْهِ فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ."إِنَّ مَذْهَبَ الْجَعْفَرِيَّةِ اَلْمَعْرُوْفُ بِمَذْهَبِ الشِّيْعَةِ الإِمَامِيَّةِ الاِثْنَا عَشَرِيَّة مَذْهَبٌ يَجُوْزُ التَّعَبُّدُ بِهِ شَرْعًا كَسَائِرِ مَذَاهِبِ أَهْلِ السُّنَّةِ. فَيَنْبَغِي لِلْمُسْلِمِيْنَ أَن يَعْرِفُوا ذَلِكَ، وَأَن يَتَخَلَّصُوْا مِنَ الْعَصَبِيَّةِ بِغَيْرِ الْحَقِّ لِمَذَاهِبٍ مُعَيَّنَةٍ، فَمَا كَانَ دِيْنُ اللهِ وَمَا كَانَتْ شَرِيْعَتُهُ بِتَابِعَةِ لِمَذْهَبٍ، أَوْ مَقْصُوْرَةً عَلَى مَذْهَبٍ، فَالْكُلُّ مُجْتَهِدُوْنَ مَقْبُوْلُوْنَ عِنْدَ اللهِ تَعَالَى يَجُوْزُ لِمَنْ لَيْسَ أَهْلًا لِلنَّظْرِ وَالاِجْتِهَادِ تَقْلِيْدُهُمْ، وَالْعَمَلُ بِمَا يُقَرِّرُوْنَهُ فِي فِقْهِهِمْ، وَلاَ فَرْقَ فِي ذَلِكَ بَيْنَ الْعِبَادَاتِ وَالْمُعَامَلاَتِ".
Artinya: “Beliau ditanya: Tuan Yang Utama, sebahagian orang berpendapat bahawa wajib bagi seorang Muslim untuk mengikuti salah satu dari empat mazhab yang terkenal agar ibadah dan muamalahnya benar secara syar’i, sementara Syiah Imamiah bukan salah satu dari empat mazhab tersebut, begitu juga Syiah Zaidiyah, apakah Tuan Yang Utama setuju dengan pendapat ini dan melarang mengikuti mazhab Syiah Imamiyah Ithna ’Asyariyah misalnya? Beliau menjawab: Islam tidak menuntut seorang Muslim untuk mengikuti salah satu mazhab tertentu. Sebaliknya kami katakan: setiap Muslim punya hak mengikuti salah satu mazhab yang telah diriwayatkan secara sahih dan fatwa-fatwanya telah dibukukan. Setiap orang yang mengikuti mazhab-mazhab tersebut boleh berpindah ke mazhab lain, dan ia nya bukan suatu kesalahan. Mazhab Ja’fari, yang juga dikenal sebagai Syiah Imamiyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Dua Belas Imam) adalah mazhab yang dari segi syarak (agama) adalah harus untuk diikuti dalam ibadah sebagaimana mazhab Sunni lainnya. Kaum Muslim wajib mengetahui hal ini, dan sebolehnya menghindarkan diri dari prasangka buruk terhadap mazhab tertentu mana pun, kerana agama Allah dan Syari’atnya tidak pernah dibatasi pada mazhab tertentu. Para mujtahid mereka diterima oleh Allah Yang Mahakuasa, dan dibolehkan bagi yang bukan-mujtahid untuk mengikuti mereka dan menyepakati ajaran mereka baik dalam hal ibadah maupun muamalah (kira bicara)”.
Sampai saat ini ulama masih tidak mendapatkan gambaran yang jelas dalam memahami fatwa tersebut. Dalam artian, apakah syekh Syaltut betul-betul memahami perselisihan Sunnah dan Syi’ah atau tidak, sehingga beliau berani mengeluarkan fatwa di atas tanpa klarifikasi dari kitab-kitab induk Syi’ah. Atau fatwa tersebut lahir hanya sekedar usaha pribadi yang tulus ikhlas “Lillah Ta’aala” untuk memperbaiki (menetralisir) hubungan Sunni dan Syi’ah ketika itu dengan tujuan menyatukan keutuhan dan persatuan Islam?
Pada hakikatnya, fatwa di atas yang dikeluarkan pada 6 Julai 1959 dari Rektor Universitas al-Azhar sifatnya ijitihad pribadi. Sebab beliau sangat prihatin terhadap adanya perbezaan dan silang pendapat yang tajam serta pertikaian yang berlarut-larut, yang hanya menimbulkan perpecahan umat. Oleh karena itu, syekh Syaltut terinspirasi untuk menghentikan hal-hal di atas dengan mengeluarkan fatwa yang tujuannya untuk menghormati mazhab lain, hidup berdampingan, bertoleransi, dan saling menghargai. Dan yang terpenting, sebagi I’tibar untuk semua golongan dan mazhab selain Ahlu Sunnah adalah, makna tujuan yang tersirat dari fatwa itu adalah “Pihak Sunni sangat terbuka untuk mazhab-mazhab lain dan menginginkan persahabatan dan bukan perbalahan, pertengkaran dan perseteruan”.
Sebagai pertanyaan, bukankah pihak Syi’ah sendiri yang melarang penganutnya beribadah menurut mazhab Sunni? Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sayyid Muhamad Husein Fadhlullah, seorang ulama syi’ah yang disegani oleh penganut Syi’ah. Ia tegas melarang penganut syi’ah beribadah dengan cara mazhab selain mazhab Ahlulbait[1]. Ketegasan ini jelas mencerminkan bahwa tidak ada jalan dan kemungkinan bagi kedua golongan tersebut untuk saling mendekatkan mazhab apatahlagi menyatukannya. Dengan demikian, sebaiknya beribadah sesuai dengan ajaran masing-masing, tidak perlu memaksakan ritual sunni dipakai oleh Syi’ah, dan Syi’ah juga tidak memaksakan ritualnya digunakan oleh Sunni, dan ini adalah penyelesaian dan solusi yang terbaik.
Sebagai catatan penting dalam menilai akidah syiah Imamiah, bahawa pada dasarnya mayoriti ulama Al-Azhar[2] menilai mereka sesat dan bukannya kafir sebagaiamana penilaian ulama di Arab Saudi  yang bermazhabkan Wahabi[3]. Salah satu buku kontemporari Wahabi yang nyata-nyata mengkafirkan Syiah Imamiah adalah (Usul Mazhab al-Syiah al-Imamiah al-Itsna’asyariah, Mesir, Dar al-Riza, 1994), dikarang oleh Prof. Dr. Nasser Ali al-Qafari, buku ini asalnya adalah tesis PhD di King Saud University. Dan buku ini direspon oleh beberapa ulama kontemporari Syiah Imamiah, seperti ktab (al-Rad ala Kitab Usul Mazhab al-Syiah al-Imamiah al-Itsna’asyariah) dikarang oleh Dr. Abdul Qadir Abdul Samad, Beirut, Dar al-Wihdah al-Islamiah, 2002), dan kitab (Ma’a Dr Nasser al-Qafari fi Usuli Mazhabihi Haula al-Sunnah wa Ruwaatiha, Qum-Iran, Nasyr al-Faqaahah) dikarang oleh shekh Abu al-Fadl al-Islami.
Intelektual Syi’ah Imamiyah Antara Ekstremisme Dan Kesederhanaan
Untuk menilai Syiah Imamiah secara objektif, ada baiknya didedahkan dan dibentangkan dalam buku ini tentang perselisihan penafsiran masalah-masalah agama dalam puak Syi’ah Imamiyah. Sebab didapati bahawa ternyata dalam puak Syi’ah sendiri terjadi perdebatan, perbalahan yang mendalam antara mereka sendiri, bahkan sampai kepada tahap dan peringkat klimaks yaitu saling menyesatkan antara satu sama lain, bahkan kadang diakhiri dengan sikap saling kafir mengkafirkan.
Oleh kerana itu sejauh bacaan penulis, bahawa memang dalam puak Syi’ah terjadi pergesaran pemahaman dan penafsiran terhadap agama. Dan hal ini dapat dilihat dari segi sikap ulama mereka terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pemikiran Ghulat (Ekstrim) atau dalam bahasa yang sederhana yaitu “pemikiran melampau”. Pemikiran ini mengarah kepada keyakinan yang mengandung unsur yang biasanya aneh dan ajaib yang sering dilekatkan kepada pribadi para imam-imam mereka, khususnya imam Ali as.  Seperti keyakinan bahawa imam Ali adalah pembawa awan di langit, petir adalah batuknya, kilat adalah cambuk atau senyumnya, bahkan beliau mampu menghidupkan orang mati. Kesimpulannya, banyak riwayat-riwayat aneh yang dilekatkan kepada para imam-imam.  Imam adalah “al-Badrul Munir”, “al-Siraj al-Zahir”, al-Nur al-Zati’”.  Imam adalah tiangnya bumi, tanpa imam maka bumi akan hancur. Imam mengetahui hal-hal ghaib, bahkan mereka tahu bila akan mati, dan kematian bagi imam adalah pilihan, di mana imam kalau tidak mau mati makan Allah tidak akan mematikannya. Imam mengetahui banyak bahasa([4]). Dan masih banyak lagi kepercayaan-kepercayaan lainnya. Dan kesemua pemikiran tersebut merupakan bentuk ekstremisme jauh dari agama dan akal yang sehat. Seperti riwayat yang menyatakan bahawa Fatimah tidak mengalami menstruasi sebagaimana wanita-wanita lain di dunia([5]).
Riwayat-riwayat Syiah di atas jelas menunjukkan pemahaman yang sangat ektrim, yang sangat jauh dari akal pikiran sehat. Namun yang menjadi persoalan dan pertanyaan, apakah semua ulama Syiah Imamiyah membenarkan dan meyakini riwayat-riwayat di atas?
            Untuk melihat objektivitas perkara ini secara mendalam, maka saya akan nukilkan ucapan-ucapan dan pandangan para tokoh dan ulama mereka ketika menghadapi riwayat-riwayat ekstrim seperti yang telah disebutkan di atas.
Pertama: Pandangan Ulama Moderat Syi’ah Imamiyah.
Dapat dijumpai beberapa pernyataan dari pada ulama-ulama mereka yang nampaknya menyalahi segala bentuk pemahaman dan penafsiran yang bersifat ekstrim, Syekh al-Mufid (ulama teologi Imamiyah) mengatakan: “Pandangan bahawa para imam Syi’ah dapat mengetahui hal-hal ghaib adalah tidak benar, sebab Allah saja yang maha tahu segala perkara-perkata ghaib, dan pendapat inilah yang mu’tamad dalam mazhab Syi’ah Imamiyah, kecuali mereka yang menyimpang yaitu mereka yang ekstrim (Ghulat)” ([6]). Imam al-Ridha menyatakan sifat-sifat asas imam: “Dilahirkan dan melahirkan, sehat dan sakit, ketawa dan menangis, makan dan minum, kencing dan buang air besar, hidup dan mati, dikuburkan dan diziarahi, lupa dan lalai, gembira dan sedih dll” ([7]).
Syekh Saduq menukilkan ucapan Syekh Abu Ja’far dalam kitab “al-I’tiqaadat fi Diin al-Imamiyah”: “Bagi kami Syi’ah ektsrim sungguh telah kafir, dan mereka sebenarnya lebih bahaya dari pada kaum Yahudi, Nasrani, Majusi, golongan Qadariah dan Hururiah (Khawarij), serta semua ahli bid’ah yang dapat menyesatkan  umat” ([8]).
Syekh al-Mufid menegaskan bahawa: “Mereka -Pengikut Syiah ekstrim- adalah kafir, imam Ali sendiri memerintahkan untuk membunuh dan membakar mereka, para imam Syi’ahpun telah menyatakan kekafiran mereka dan keluar dari ajaran agama Islam” ([9]).
Syekh al- Tusi menyatakan bahawa: “Para periwayat dan hadits-hadits ekstrim tidak dapat diterima, sebab perawinya cacat dan dan merupakan  hadits-hadits palsu, oleh kerana itu riwayat mereka ditolak disisi Syi’ah Imamiyah” ([10]).
Seorang ulama Syi’ah Imamiyah kontemporer bernama syekh Ja’far Subhani menafikan kebenaran riwayat-riwayat ekstrim dalam kitab-kitab Syi’ah Imamiyah  ([11]).
Kedua: Pandangan Ulama Ekstrim Syi’ah Imamiyah.
            Setelah memaparkan pandangan ulama Syi’ah Imamiyah yang moderat dan mengecam periwayatan yang bernuansa ekstrim, maka selanjutnya penulis nukilkan pandangan-pandangan yang dianut oleh ulama eksrim imamiyah.
            Ibnu Babwaih menjelaskan bahawa sebenarnya maksud sujudnya para Malaikat kepada Nabi Adam adalah bertujuan sujud karena cahaya para imam-imam Syi’ah ([12]).
     Imam Khumaini menyatakan satu bentuk sikap ekstrim bahawa sesunggunya derajat para imam Imamiyah tidak dapat dicapai oleh Malaikat dan Nabi ([13]).
Apapun penilaiannya, ulama di Mesir hanya menyesatkan Syiah Imamiah, seperti dinyatakan dalam sebuah tesis Master yang ditulis oleh sheikh Taha Ali al-Sawah yang bertajuk: “Mauqif Al-Azhar Al-Sharif min Al-Syiah al-Itsna ‘Asyariah” diterbitkan oleh Darul Yusri, Kaherah tahun 2010, tesis ini sengaja ditulis untuk menghimpun pandangan ulama-ulama Al-Azhar tentang syiah Imamiah, dan berkesimpulan bahawa ulama Al-Azhar menganggap syiah Imamiah tergolong dalam aliran sesat. Kesesatan ini adalah sebagai sikap balik dari pada pandangan syiah Imamiah yang lebih awal menyesatkan, melaknat dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah saw. Dan tentunya ini suatu hal yang wajar -tatkala Sunni menyesatkan Syiah Imamiah- sebab Syiah Imamiah sendiri yang memulakan hal tersebut, ibarat pepatah mengatakan “Kalau ada asap, tentu ada api”, oleh kerana itu “Tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya”. Dan yang paling perlu diingat bahawa Abu Bakar, Umar bin Khatab, Uthman bin Affan dan lainnya adalah para sahabat yang mulia di sisi Nabi Muhammad saw. Beliau pernah ditanya oleh sahabat mengenal mengenai insan yang baik dan mulia, dan beliau menjawab:  
"قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ، ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ"
“ yang hidup sezaman denganku, kemudian manusia yang setelah mereka, kemudian manusia yang seterusnya[14]
Beliau juga bersabda:
"اَللهُ اَللهُ فِي أَصْحَابِي، لاَ تَتَّخِذُوْهُمْ غَرْضًا بَعْدِي، فَمَنْ أَحَبَّهُمْ فَبِحُبِّيْ أُحِبُّهُمْ، وَمَنْ أَبْغَضَهُمْ فَبِغَضْبِي أَبْغَضُهُمْ، وَمَنْ آذَاهُمْ فَقَدْ آذَانِي، وَمَنْ آذَانِي فَقَدْ آذَى اللهَ، وَمَنْ آذَى اللهَ يُوْشِكُ أَنْ يَأْخُذَهُ"
               “Allah, Allah, pada para sahabatku, jangan engkau jadikan mereka tujuan setelah kematianku. Barang siapa yang mencintai mereka (sahabat), maka dengan cintaku aku cintai mereka. Dan barang siapa yang membenci mereka (sahabat), maka dengan rasa benciku aku benci mereka. Dan barang siapa yang menyakiti mereka (sahabat) berarti dia telah menyakiti aku, dan orang yang menyakiti aku berarti dia telah menyakiti Allah. Dan barang siapa yang menyakiti Allah berarti Dia hampir mengambilnya”[15].
Inilah usaha yang  dilakukan untuk mendekatkan mazhab Sunni dan Syiah, seperti mendirikan “Darul Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiyah” [pusat pendekatan antara mazhab Islam] dan menerbitkan majalah Risalah Al-Islam di Mesir. Pendirinya terdiri dari perwakilan Sunni dan Syiah. Pihak Sunni diwakili oleh Syekh Mustafa Al-Maraghi, Syekh Muhammad Syaltut dan Syekh Mustafa Abdul Raziq. Adapun dari kelompok Syiah diwakili oleh Sayyid Muhammad Husain Kasyif Al-Ghita’, Sayyid Jawwad Maghniah dan Sayyid Syarafuddin Al-Musawi. Kemudian, didirikan berbagai pusat pendekatan lain, seperti Muassasah Ahli Bait li Al-Fikri Al-Islami di Jordan. Pada tahun 1984, didirikan Muassasah Al-Imam Al-Khuu’i li At-Taqrib Baina Al-Mazahib Al-Islamiah. Selain itu, ada banyak usaha ilmiah lainnya dalam mendekatkan kedua golongan ini melalui seminar-seminar nasional dan internasional yang diadakan di berbagai negara Islam.
Namun semua usaha itu tidak efektif sebagaimana yang diharapkan. Bahkan sikap saling memburukkan dan saling mengkafirkan semakin meningkat.
Langkah untuk mendekatkan Sunni-Syiah sudah dihentikan. Oleh karena itu, perlu dibangunkan kembali aktifitas-aktifitas dan pintu penyelesaian lain. Contohnya, mengaktifkan sikap toleransi antara mazhab. Sebab perbezaan antara Sunni dan Syiah sangat fundamental dengan perbezaan yang menonjol pada ajaran masing-masing.
Imam Hasan Al-Banna dalam usaha menyelaraskan hubungan Sunni dan Syiah, berkata:
نَتَعَاوَنُ فِيْمَا اتَّفَقْنَا عَلَيْهِ، وَيَعْذُرُ بَعْضُنَا بَعْضًا فِيْمَا اخْتَلَفْنَا فِيْهِ
“Kita bekerjasama dalam perkara yang kita sepaham, dan saling memaafkan satu sama lain dalam perkara yang kita perselisihkan”.
Pesan ini lebih kepada sikap toleransi, bukan pendekatan mazhab. Walaupun golongan Sunni dan Syiah adalah Islam, namun kandungan mazhab keduanya berbeza antara satu sama lain.
Sulit membezakan antara penganut Islam Sunni dan Syiah. Sekiranya Sunni mengakui Al-Qur’an dan sunnah adalah pegangan hidup dan asas seorang Muslim, Syiah pun demikian. Jika ada orang non-Muslim menghina Al-Qur’an dan sunnah, reaksi keras akan timbul dari keduanya. Contohnya, perancangan hari pembakaran Al-Qur’an sedunia oleh sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, yang dirancang oleh pendeta Terry Jones. Sunni dan Syiah menentang keras sehingga usaha pembakaran pun akhirnya berhasil digagalkan.
Namun, jika diteliti perbezaan dari segi akidah, kedua-keduanya sulit disatukan. Sunni dan Syiah perlu mengadakan dialog untuk tasamuh (toleransi), bukan untuk taqarub (pendekatan). Sikap toleransi berarti tidak saling tuduh-menuduh, menghancurkan, dan kafir-mengkafirkan. Meminjam istilah Prof. Hamid Thahir, semua perkara itu adalah al-musykilat az-zaaifah, yaitu permasalahan palsu, sebab tidak ada timbal-balik ketika usaha taqrib tidak membuahkan hasil kepada umat. Oleh karena itu, kedua-duanya perlu dibiarkan berkembang dengan normal dan tidak saling memaksakan akidah masing-masing.
Lebih buruk lagi sekiranya sifat saling menjatuhkan terjadi dalam golongan Ahlu Sunnah, yaitu antara aliran Asya’irah, Maturidiah, Salafiah dan Wahabiah. Implikasinya, seakan-akan Islam adalah agama perpecahan, tidak menginginkan persatuan dan kedamaian antara sesama penganut. Kita harus membangun bukan meruntuhkan, berdialog bukan berdebat, maju bersama-sama bukan mundur bersama-sama. Hindari menjajah golongan sendiri, cukuplah kita dijajah oleh non-Muslim yang belum selesai hingga kini karena sibuk dengan pertengkaran dan perseteruan antara mazhab.
Sekiranya kedua golongan Ahli Sunnah dan Syiah saling bersikap ta’ashub (fanatik), maka akan menghasilkan konflik dalaman. Setiap golongan merasa benar. Akhirnya bukan menambahkan perbaikan malah mengeruhkan perbezaan, sehingga terlupa agenda peningkatan status sosial umat. Sepatutnya, setiap aliran menghentikan perbincangan yang menjurus kepada pengkafiran kerana dikhawatirkan timbul konflik dalam agama.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui  kekafiran umatnya. Oleh sebab itu  konflik dalam dunia Islam sebaikanya diselesaikan dengan sikap toleransi dan saling menghormati.





[1] Muhamad Husein Fadhlullah, Masa’il Aqadiyah, hal: 110.
[2] Di antaranya: Shekh Hasanain Muhammad Makhluf (mantan Mufti Mesir), Shekh Muhammad ‘Arfah (anggota Lembaga Ulama Senior dan mantan ketua divisi Bimbingan dan Penerangan), Shekh Jaddul Haq Ali Jaddul Haq (mantan Mufti Mesir dan Grand Syaikh Al-Azhar), Shekh Mohd Sayyid Tantawi (mantan Mufti Mesir dan Grand Syaikh Al-Azhar), Shekh Athiyah Shaqer (ketua Komisi Fatwa Al-Azhar), Dr. Abdul Mun’im An-Namir (Wakil Shekh Al-Azhar dan mantan Menteri Waqaf Mesir).
[3] Persoalan kafir-mengkafirkan adalah isu penting dan menjadi kontroversi antara aliran Wahabi dan para penentangnya. Ia menjadi isu yang mengisi pemikiran Islam sejak berabad-abad lamanya. Golongan Khawarij dikatakan golongan yang mula-mula sekali mengkafirkan ahli Qiblat, iaitu mereka yang masih lagi solat menghadap qiblat. Kemudian diikuti pula oleh puak-puak Islam lain, seperti golongan Wahabi. Lihat: Dr. Hersi Mohamad Hilole, Wahabi Sesatkah Mereka, 83. Malaysia, PTS Millennia SDN. BHD, 2012.
[4] Teks riwayat dalam Ushul Kafi, 1/373:
عن علي بن جعفر عن أخيه أبي الحسن عليه السلام قال: "إن فاطمة عليها السلام صديقة شهيدة، وإن بنات الأنبياء لا يطمثن".
Sementara dalam kitab yang sama terdapat riwayat lain yang menyalahinya:
      عن أبي عبد الله عليه السلام قال: "كان بين الحسن والحسين عليهما السلام طهر، وكان بينهما في الميلاد ستة أشهر وعشرا".
Riwayat jelas dan nyata bahawa Fatimah juga mengalami menstruasi.
[5] Teks riwayat dalam Ushul Kafi, 1/373:
عن أبي عبد الله أن الحسن قال: "إن لله مدينتين، إحداهما بالمشرق والأخرى بالمغرب، وفيها سبعون ألف ألف لغة ... وأنا أعرف جميع تلك اللغات".

Riwayat menyebutkan bahawa imam Hasan mahir dalam semua bahasa manusia.
[6] Awaail al-Maqaalat, hal 77.         
[7] ‘Uyun Akhbar al-Ridha, 1/193, Muassasah al-A’lamy, Beirut-Lebanon, 1404H.           
[8] Al-I’tiqaadat fi Din al-Imamiyah, 71, 72.   
[9] Awaail al-Maqaalat, hal 238.      
[10] ‘Iddat al-Ushul, hal 351, Muassasah Aal al-Bait, Qum.
[11] Buhuuts fi al-Milal wa al-Nihal, 7/10, Muassasah al-Shadiq, Qum, 1416H.
[12] Teks ucapan Ibnu Babwai dalam kitabnya “Kamal al-Din wa Tamam al-Ni’mah” 1/13:
      "السر في أمره تعالى الملائكة بالسجود لآدم واستعباد الله عز وجل الملائكة بالسجود لآدم تعظيما له ... وذلك أنه عز وجل إنما أمرهم بالسجود لآدم لما أودع في صلبه عليه السلام من أرواح حجج الله تعالى". ويراد به (الأئمة).
[13] Tek ucapan imam Khumaini dalam bukunya “al-Hukumah al-Islamiyah” hal 52, 53:
      "فإن للإمام عليه السلام مقاما محمودا ودرجة سامية، وخلافة تكوينية تخضع لولايتها وسيطرتها جميع ذرات هذا الكون، وإن من ضروريات مذهبنا أن لأئمتنا مقاما لا يبلغه ملك مقرب ولا نبي مرسل، وبموجب ما لدينا من الروايات والأحاديث، فإن الرسول الأعظم صلى الله عليه وآله وسلم، والأئمة عليهم السلام كانوا قبل هذا العالم أنوارا، فجعلهم الله بعرشه محدقين، وجعل لهم من المنزلة والزلفى ما لا يعلمه إلا الله ... وقد ورد عنهم أن لنا مع الله حالات لا يسعها ملك مقرب، ولا نبي مرسل، ومثل هذه المنزلة موجود لفاطمة عليها السلام".
[14] Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab Shahihnya, Kitab Fadha`il ash-Shahabah, bab Fadhlu ash-Shahabah allazina Yalauwnahum, no 4600, dengan sanad Abdullah bin Mas’ud.
[15] Diriwayatkan oleh at-Tirmizy dalam Sunan-nya, Kitab al-Manaqib An Rasulillah, bab: Fiman Sabba Ashabin-Nabiyy, no 3797, dengan sanad Abdullah bin Mughaffal. 

Saturday, August 23, 2014

SYEKH SYA’RAWI DAN MODERASI ISLAM

SYEKH SYA’RAWI DAN MODERASI ISLAM
Profesor Madya. Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Head of Department Akidah and Religion Studies

       Universiti Sains Islam Malaysia

USIM

Beliau adalah seorang pakar tafsir kontemporer yang gigih menerapkan prinsip syariah dalam kehidupan sehari-hari. Beliau lahir pada tanggal 15 April 1911 M di kampung Daqadus desa Mid Ghamr, Daqhliyyah (salah satu bagian wilayah di Mesir). Beliau wafat pada tanggal 17 juni 1998 M. Ayahnya adalah seorang pedagang yang sangat mencintai ilmu pengetahuan.
Pendidikan Sya’rawi dimulai dari menghafal al-Qur’an dari seorang syaikh di kampungnya iaitu Syekh Abdul Majid Pasha. Beliau menamatkan hafalan al-Qur’an pada usia 11 tahun, kemudian Ia masuk sekolah dasar (Ibtidaa’i) di al-Azhar, Zaqaziq tahun 1926 M. Lalu, dia melanjutkan sekolah menengah pertama (I’daadi) di al-Azhar, dan tamat Tsanawiyyah pada tahun 1932 M. Syaikh Sya’rawi masuk kuliah di fakultas Bahasa Arab, Universita Al-Azhar pada tahun 1937 M, dan tamat S1 (BA) pada tahun 1941 M.
Karirnya diawali sebagai tenaga pengajar di ma’had al-Azhar Tanta, ma’had Alexandria, ma’had Zaqaziq.  Beliau juga mengabdikan ilmunya di luar negri (sebagai dosen) kurang lebih 16 tahun:

1) Universitas Malik Abdul Aziz, Makkah, Saudi Arabiah (6 tahun) dari 1944 hingga 1950.
2) Al-Jazair (4 tahun) dari 1966 hinga 1970).
3) Universitas Malik Abdul Aziz, Makkah, Saudi Arabiah (6 tahun) dari 1970 hingga 1976.

Nama beliau mulai mencuat dan dikenal luas ketika menjadi seorang da’i pada tahun 1973 M tepatnya pada program pengajian halaqah di televisi Mesir yang dikenal dengan program “Nur ‘Ala Nur”.
Pada tahun 1976 M, beliau dipercayakan oleh presiden Anwar Sadat untuk menjadi menteri Auqaf (menteri agama) Mesir. Namun jabatan tersebut tidak sampai selesai dan hanya 2 tahun saja beliau mengundurkan diri, sebab ketika itu beliau dengan tegas menolak usulan undang-undang keluarga yang bertentangan dengan ajaran syari’at Islam.
Pada hari Rabu 17 Juni 1998 M, Syekh Sya’rawi wafat di usia 87 tahun dan jasadnya dimakamkan di Mesir.
Beliau memang sangat unik, sebab beliau adalah seorang ulama tidak menulis buku tapi memeliki puluhan bahkan ratusan buku yang telah diterbitkan, beliau tidak menulis karena meyakini bahwa kalimat lisan lebih tajam dari tulisan, sebab dakwan lisan/ceramah dapat didengar langsung dari narasumber asli. Di samping itu beliau yakini bahwa tidak semua orang mampu membaca, oleh karena prinsip ini, tumpuan dakwahnya fokus kepada penyampaian ceramah dan pengajian. 
Syekh Sya’rawi menjalani kehidupan sufi sebagai bentuk kerendahan diri (tawadhu’). Dalam ruang kerjanya hanya ada sajadah dan al-Qur’an. Namun demikian, pemikiran beliau logis dan kontekstual. Kepiawaiannya mentafsirkan al-Qur’an sesuai dengan perkembangan zaman dan tempat, sehingga beliau mampu memahamkan al-Qur’an kepada jama’ahnya dengan muda berdasarkan realita kehidupan kontemprorer.
Tentunya tidak asing lagi bahwa kitab yang monumental dan penuh manfaat yang ditinggalkan oleh beliau untuk umat Islam pada saat ini, adalah Khawati Sya’rawi atau di kenal dengan nama “Tafsir Al-Sya’rawi”, dalam muqaddimah tafsirnya, beliau menyatakan bahwa: “Hasil renungan saya terhadap al-Qur’an bukan berarti tafsiran al-Qur’an, melainkan percikan pemikiran yang terlintas dalam hati seorang mukmin saat membaca al-Qur’an. Kalau memang al-Qur’an dapat ditafsirkan, sebenarnya yang lebih berhak menafsirkannya hanya Rasulullah Saw, karena kepada beliaulah al-Qur’an diturunkan. Beliau banyak menjelaskan kepada manusia isi ajaran al-Quran dari dimensi ibadah, karena hal itu yang diperlukan umatnya saat ini. Adapaun rahasia al-Qur’an tentang alam semesta, tidak beliau sampaikan, karena kondisi sosio intelektual saat itu tidak memungkinkan untuk dapat menerimanya. Jika hal itu disampaikan akan menimbulkan polemik yang pada gilirannya akan merusak puing-puing agama, bahkan memalingkan umat dalam jalan Allah SWT.
Salah satu pandangan moderat beliau yang merupakan hasil usaha pemikiran moderasi Islam dan bertujuan sebagai sifat “toleransi sosial” adalah ketika beliau menafsirkan sebuah ayat al-Qur’an dalam surah al-Israa’ ayat 110:
قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia, Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula terlalu merendahkannya”. al-Israa’: 110.
               Beliau berkata: “Kalau sekiranya mengeraskan suara dilarang dalam shalat, maka tentunya meninggikan suara setinggi-tingginya lebih dilarang dalam agama, seperti menggunakan alat pengeras suara “Microfon”, sebab perbuatan ini akan mengganggu orang disekeliling, bukankah Allah telah nyatakan dalam al-Qur’an:
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat”. al-A’raf: 204
Ketika anda mengeraskan suara dalam membaca al-Qur’an menggunakan microfon, maka anda secara tidak langsung memaksakan dan mewajibkan diam bagi orang yang mendengarkan bacaanmu, sehingga anda akan membuatkan mereka terganggu, dan jika mereka tidak diam mendengarkan bacaanmu maka anda akan menyeret mereka dalam perbuatan dosa (disebabkan tidak mendengar bacaanmu), bukan itu saja, bahkan anda akan merusak aktiviti orang lain, kemungkinan mereka pada waktu yang sama sedang atau ingin membaca al-Qur’an juga, atau beristighfar, atau bertasbih ataupun shalat. Bagaimana boleh amalan anda yang hanya dianggap mandub dalam syari’at, mampu memaksa dan mengatur amalan orang lain. Sungguh perbuatan ini tidak boleh dilakukan, oleh karena itu janganlah sekali-kali mengganggu ketenangan orang lain, biarkan mereka bebas dengan urusan sendiri untuk berbuat amalan nawafil dan sebagainya, dan jangan menjadi orang yang digambarkan dalam al-Qur’an (Merasa Baik Perbuatannya, Sementara Tidak Demikian):
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
“Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?”. Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka sudah berbuat sebaik-baiknya”. Al-Kahfi :103.
Bagi pandangan beliau, amalan-amalan di atas memang tidak memiliki dasar dalam ajaran syari’at Islam, bahkan beliau nyatakan dengan contoh realita di masyarakat modern saat ini dan berkata dengan tegas: “seperti orang yang menyalakan microfon sebelum masuknya shalat subuh, ia membaca beberapa bacaan nasyid yang tiada dasar dalam agama, akibat perbuatannya, orang disekeliling menjadi terganggu, orang yang sakitpun tidak merasai ketenangan, sesungguhnya orang seperti itu sebenarnya tidak sama sekali memiliki rasa toleransi dan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya, sampai kapankah hal ini berlaku? Sampai kapankah ia sadar tentang hal ini, sementara perbutannya justru menganggu ketenangan manusia, nahkan dapat merusak amalan ibadah orang lain? ...
Sila rujuk:
Tafsir al-Sya’rawi jilid 14/halaman 8815.