Saturday, November 9, 2013

RAKERNAS PEGAWAI PENEGAK HUKUM AGAMA & JAKSA SYARIAH SELURUH MALAYSIA 2013

Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia
Rakernas Pegawai Penegak Hukum Agama & Jaksa Syariah Seluruh Malaysia 2013, Kementerian Agama, Malasyia
http://www.islam.gov.my/jakim-perhebat-usaha-memartabat-perundangan-syariah-di-malaysia

Forum dengan tema:
“Syiah: Realiti dan Cabaran”
Hotel De Palma, Ampang, Selangor, 23 hingga 25 Oktober 2013


          “Memartabat Undang-Undang Syariah di Malaysia” menjadi tema bagi Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Tahun 2013 bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Konvensyen tahunan anjuran Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang ini disertai oleh seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia.
Ahli Panel:

1) S.S. Dato’Haji Abdul Majid bin Omar
Timbalan Mufti Negeri Selangor

2) YDH SAC Datuk. Mohd Sofian Md Makinuddin
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial
Polis Diraja Malaysia (PDRM)

3) YBhg. Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Ketua Program Akidah dan Agama
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Moderator:
YBhg. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip
Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)




     Majlis Perasmian Konvensyen tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim yang mewakili YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Oktober 2013. Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah menyatakan bahawa keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang bergantung kepada sikap, nilai, kecekapan, tahap pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang dilantik untuk menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi sedemikian. Mereka perlu memahami prosedur tertentu sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang dan hendaklah mengikut had bidang kuasa yang diberi. Di samping itu pegawai-pegawai tersebut juga dikehendaki menggunakan budi bicara secara bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara yang berkaitan sebelum sesuatu tindakan boleh diambil. Oleh yang demikian menurut beliau adalah perlu dipertingkatkan profesionalisme Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama dan penyiasat supaya setanding dengan pegawai-pegawai di agensi-agensi lain. Ketidakcekapan tugas penguatkuasaan dan kelemahan dalam penyediaan kertas siasatan juga boleh mempengaruhi prestasi pendakwaan di Mahkamah.

     Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut adalah YBhg. Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Tuan Mohd Halimi bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Kewangan, Tuan Masri bin Razali, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YBhg. Tuan Yahya bin Md Zain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang dan Puan Hajah Norliah binti Sajuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim.


Konvensyen menutup tirainya dengan Pembentangan Rumusan dan Ucapan Penutup oleh YBhg. Puan Hajah Norliah binti Sajuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim di akhir konvensyen tersebut.

180 PESERTA
Antara para peserta konvensyen yang terdiri daripada Ketua Pendakwa Syarie dan
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Seluruh Malaysia.


Pembentangan Kertas Kerja I
“Kedudukan Undang-Undang Syariah Di Malaysia Masa Kini”
 Oleh : YBhg. Tuan Musa bin Awang
Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Pembentangan Kertas Kerja II  
Integriti Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Syariah
di Malaysia”
Oleh : YBhg. Dr. A.Bakar bin Sarpon
Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia
 
  
Pembentangan Kertas Kerja III 
“Lacuna dalam Pelaksanaan Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam”
Oleh : YBhg. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Pengarah Seksyen Syariah, Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara.
(mewakili YBhg. Dato' Sri Idrus bin Harun, Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara)
 
  YBhg. Tuan Yahya bin Md. Zain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang
Jakim menyampaikan cenderahati kepada Y.A. Dato' Haji Yusof bin Musa, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM selaku Pembentang kertas kerja IV.

YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim mewakili
YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri
menyampaikan ucapan perasmian seterusnya merasmikan konvensyen.
 

Barisan Urus setia bergambar kenangan bersama YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim
dan Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim.



0 komentar:

Post a Comment