Ahli Panel:
1) S.S. Dato’Haji Abdul Majid bin Omar
Timbalan Mufti Negeri Selangor
2) YDH SAC Datuk. Mohd Sofian Md Makinuddin
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
3) YBhg. Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Ketua Program Akidah dan Agama
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Moderator:
YBhg. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip
Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Majlis
Perasmian Konvensyen tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman
bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim yang mewakili YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri
Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 24
Oktober 2013. Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah
menyatakan bahawa keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang
bergantung kepada sikap, nilai, kecekapan, tahap pengetahuan dan kemahiran
pegawai-pegawai yang dilantik untuk menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi
sedemikian. Mereka perlu memahami prosedur tertentu sebagaimana yang ditetapkan
oleh undang-undang dan hendaklah mengikut had bidang kuasa yang diberi. Di
samping itu pegawai-pegawai tersebut juga dikehendaki menggunakan budi bicara
secara bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara yang
berkaitan sebelum sesuatu tindakan boleh diambil. Oleh yang demikian menurut
beliau adalah perlu dipertingkatkan profesionalisme Pegawai-Pegawai
Penguatkuasa Agama dan penyiasat supaya setanding dengan pegawai-pegawai di
agensi-agensi lain. Ketidakcekapan tugas penguatkuasaan dan kelemahan dalam
penyediaan kertas siasatan juga boleh mempengaruhi prestasi pendakwaan di
Mahkamah.
Hadir
sama dalam majlis perasmian tersebut adalah YBhg. Tuan Haji Awang Khalid bin
Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Tuan Aziz bin Haji
Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Tuan Mohd Halimi bin
Ibrahim, Pengarah Bahagian Kewangan, Tuan Masri bin Razali, Pengarah Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia, YBhg. Tuan Yahya bin Md Zain, Ketua Penolong
Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang dan Puan Hajah Norliah
binti Sajuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang,
Jakim.
Konvensyen
menutup tirainya dengan Pembentangan Rumusan dan Ucapan Penutup oleh YBhg. Puan
Hajah Norliah binti Sajuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan
Undang-Undang Jakim di akhir konvensyen tersebut.
Antara para peserta konvensyen yang terdiri daripada Ketua Pendakwa Syarie dan
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Seluruh Malaysia.
Pembentangan Kertas Kerja I
“Kedudukan Undang-Undang Syariah Di Malaysia Masa Kini”
Oleh : YBhg. Tuan Musa bin Awang
Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia
Pembentangan Kertas Kerja II
“Integriti Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Syariah
di Malaysia”
Oleh : YBhg. Dr. A.Bakar bin Sarpon
Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia
Pembentangan Kertas Kerja III
“Lacuna dalam Pelaksanaan Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam”
Oleh : YBhg. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Pengarah Seksyen Syariah, Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara.
(mewakili YBhg. Dato' Sri Idrus bin Harun, Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara)
YBhg. Tuan Yahya bin Md. Zain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang
Jakim menyampaikan cenderahati kepada Y.A. Dato' Haji Yusof bin Musa, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM selaku Pembentang kertas kerja IV.
YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim mewakili
YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri
menyampaikan ucapan perasmian seterusnya merasmikan konvensyen.
Barisan Urus setia bergambar kenangan bersama YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim
dan Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim.
0 komentar:
Post a Comment