Wednesday, May 15, 2013

Bersama Syekh 'Uwaidhah Uthman @ Direktur Fatwa Darul Iftaa' Mesir


17/4/2013, Cairo, Egypt

مع فضيلة الشيخ/ عويضة عثمان 
مدير إدارة الفتوى بدار الإفتاء المصرية



Bersama Syekh 'Uwaidhah Uthman @ Direktur Fatwa Darul Iftaa' Mesir










Misi Perjumpaan

Konsultasi seputar management fatwa di Darul Iftaa', di samping memperkuat penyelidikan FRGS yang sedang saya jalankan

"Model Istitabah Murtad di Malaysia"


perjumpaan ini satu jam sebelum menemui

Grand Mufti Mesir Syekh Prof. Dr. Syauqi 'Allam

Saturday, May 11, 2013

MENJAGA LISAN DALAM ISLAM


KHUTBAH JUM’AT
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
10-05-2013
  
MENJAGA LISAN DALAM ISLAM

PROF MADYA. DR. KAMALUDDIN NURDIN MARJUNI
Ketua Program Dakwah & Pengurusan Islam
Universiti Sains Islam Malaysia
   
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين على أمورالدنيا والدين. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين.
قال الله تعالى في القرآن الكريم: (يَاأَيّهَا الّذِيْنَ آمَنُوْا اتّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا) -الأحزاب، 70-71-.
وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم (لاَ يَسْتَقِيْمُ إِيْمَانُ عَبْدٍ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ قَلْبُهُ، وَلاَ يَسْتَقِيْمَ قَلْبُهُ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ لِسَانُهُ) -أحمد-

Ma’asyiral Muslimin Jama’at Jum’at USIM Rahimakumullah.
Pada suatu hari di majlis ilmu, imam Ghazali bertanya kepada murid-muridnya, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" ... Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang wahai guruku".  Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam di dunia ini sebenarnya adalah "LIDAH MANUSIA", karena melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri, mencela orang, mengata orang, dalam sebuah hadits, Rasul mengingatkan ummatnya:
      اَلْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسِانِهِ وَيَدِهِ (رواه البخاري ومسلم)             

“Seorang muslim sebenar adalah yang mampu menjaga orang muslim lainnya dari lisannya dan tangannya”.
Ia memberi pengertian bahawa seseorang Islam itu belum mencapai tahap muslim sebenar dan hakiki, selagi mana belum mempunyai ciri tersebut iaitu orang-orang muslim yang selamat dari kejahatan lidah dan tangannya, betapa tidak, bukankah hati dan lidah manusia merupakan bagian terpenting yang akan menentukan baik buruknya orang tersebut?.
Ini kerana perkataan Islam itu sendiri bermaksud sejahtera, aman, selamat dan seumpamanya. Jadi sepatutnya seseorang Islam itu mempunyai ciri-ciri ini di dalam kehidupannya.
 Di dalam hadis ini juga Nabi s.a.w. menggunakan  perkataan muslim bukannya mu’min dan ianya memberikan beberapa pengertian antaranya ialah:

1)      Untuk menunjukkan bahawa orang Islam serta beriman bukan sahaja membuat hubungan dengan Allah dari segi keimanan dan kepercayaan tetapi lebih dari itu membuat hubungan yang baik dengan sesama manusia juga bahkan segala ciptaan Allah yang lain juga mendapat kebaikan daripadanya.
2)      Bermakna orang-orang Islam bukan hanya menjaga amalan batin sahaja tetapi juga amalan zahir.
3)      Untuk menunjukkan bahawa orang Islam sebenar adalah orang yang berjaya mencetuskan daya kekuatan iman yang terdapat di dalam dirinya yang berasal daripada perkataan‘amn’ yang memberikan makna keamanan dan seumpamanya sehingga daya tersebut dapat memberikan faedah dan hasil sehingga boleh dirasai oleh orang lain bukan semata-mata dinikmati olehnya sahaja. Ini kerana perkataan Islam yang merupakan kata dasar kepada perkataan muslim memberikan makna sesuatu yang zahir serta menunjukkan amalan luaran berbeza dengan perkataan iiman yang merupakan kata dasar kepada perkataan mu’min memberikan makna batin serta lebih menggambarkan sifat dalaman iaitu kepercayaan.
Dalam sebuah kisah, suatu hari Luqman Al Hakim diperintahkan majikannya untuk menyembelih seekor kambing dan mengambil dagingnya yang terbaik untuk jamuan tamu yang dijemput datang. Luqmanul Hakim kemudian membeli seekor kambing kemudian menyembelihnya dan mengambil lidah dan hatinya untuk dimasak dan ia buang selebihnya kemudian disajikan kepada majikan dan para tamunya.
Melihat akan hal itu majikannya marah dan menegur.” Wahai Luqman,  bukankah tadi aku perintahkan kepadamu untuk mengambil daging yang terbaik untuk jamuan para tamuku?.
Luqmanpun menjawab,”Wahai majikanku,  tidak ada daging yang terbaik dari mahluk kecuali lidah dan hatinya.”
Besok harinya majikannya memerintahkan kepadanya untuk menyembelih kambing kembali dan menyuruhnya untuk membuang daging yang paling buruk . Luqmanpun pergi ke pasar untuk membeli kambing dan menyembelihnya, kemudian ia buang lidah dan hatinya dan ia masak selebihnya.
Melihat ulah Luqman tersebut sang majikanpun kesal lalu berkata,” Apa maksudmu wahai Luqman .? Kemarin aku perintahkan untuk menyembelih kambing dan menghidangkan daging yang terbaik dan engkau hanya menyuguhkan hati dan lidah saja, dan sekarang ketika aku menyuruh engkau untuk menyembelih kambing lagi dan memerintahkan kepadamu agar membuang daging  yang terburuk dan yang engkau buang adalah hati dan lidahnya. Apakah kamu bermaksud mempermainkan aku…?”
”Maafkan hamba tuanku, akan tetapi apa yang hamba lakukan itu memang sudah sepatutnya, karena Islam mengajarkan bahwa tidak ada daging yang terbaik kecuali lidah dan hati apabila digunakan untuk kebaikan dan sebaliknya tidak ada daging terburuk kecuali lidah dan hati kalau dibuat untuk keburukan.” Jawab Luqman dengan lugas.
Oleh karena itu dalam hal yang sama, sebuah nasehat dari  seorang ‘alim sufi mengatakan:

"لِيَكُنْ حَظُّ الْمُؤْمِنِ مِنْكَ ثَلاَثَة: إِنْ لَمْ تَنْفَعْهُ فَلاَ تَضُرُّهُ، وَإِنْ لَمْ تُفْرِحْهُ فَلاَ تَغُمُّهُ، وَإِنْ لَمْ تَمْدَحْهُ فَلاَ تَذُمُّهُ".

"Tiga perkara dalam pergaulan seorang mu’min: Kalau engkau tidak sanggup membantu orang lain (bagi manfaat), maka janganlah merugikan dia, dan kalau engkau tidak sanggup menghibur orang lain (bagi senang), maka janganlah membuatkan dia sedih (susah), kalau engkau tidak sanggup memuji orang lain, maka janganlah mencelanya".

Hadirin Sidang Jama’at Jum’at Yang Dikasihi Allah Swt.
Ucapan di atas merupakan nasehat dari seorang tokoh ulama sufi terkenal bernama Imam Yahya bin Mu'az ar-Razi, beliau wafat tahun 258 Hijriah, beliau sangat aktif memberikan nasehat-nasehat agama, pada kali ini beliau mengajarkan tentang cara bersosialisasi yang baik antara sesama manusia, tentunya semakin banyak relasi semakin banyak juga kesempatan kita untuk hidup dengan senang dan mendapatkan keuntungan lain dari bersosialisasi, seperti kerja sama akan suatu hal, saling membantu dan banyak hal positif lainnya yang intinya adalah saling memberi (Take and Give).

Dari ucapan beliau di atas maka kita dapat menarik beberapa I’tibar dan pelajaran berharga, demi menjaga hubungan sosial sesama makhluk Allah, yaitu:
1.   MEMBERIKAN PERTOLONGAN, adalah sifat tolong-menolong yang sudah menjadi sebuah kewajiban dan keharusan dalam agama, sebab manusia merupakan makhluk sosial, sebagai insan yang memerlukan khidmat orang lain, dalam hal ini, minimal tindakan yang perlu dilakukan kalau tidak mampu menolong, membantu dan bagi manfaat kepada orang lain, yaitu tidak merugikan  orang yang sepatutnya di tolong, firman Allah:

(وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ)

 “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (al-Maaidah, ayat: 2).    
2.   MEMBUAT ORANG SENANG"وَبَشِّرْ"  kata ini disebutkan 18 kali dalam al-Qur’an, kata tersebut bertujuan untuk menggalakan penyebaran berita gembira dan senang bagi orang mu’min dan sabar, kalaupun tidak dapat memberikan sebuah kabar, berita dan maklumat yang boleh menyenangkan hati orang, maka minimal janganlah membuat orang bersedih hati. Rasul pernah bersabda:  فَسَدِّدُوْا وَقَارِبُوْا وَأَبْشِرُوْا
3.   MEMUJI ORANG, sudah menjadi tabi’at manusia ia lebih suka dipuji daripada dihina, Islam membolehkan pujian, namun tidak berlebihan, sebab ditakutkan orang yang dipuji akan lupa diri, sehingga menjadi sombong, dan akhirnya binasa, sabda Rasul Saw: 

(إِيَّاكُمْ وَالْمَدْحَ فَإِنَّهُ الذَّبْحُ) 

                   "Hindarilah sanjung-menyanjung karena hal itu merupakan penyembelihan".
                  Karena agama sangat berhati-hati dalam pemberian pujian dan sanjungan, maka minimal perkara yang sangat penting untuk di hindari kalau tidak mampu memberikan sedikit sanjungan dan pujian, adalah tidak mencela dan menghina orang lain.

Hadirin Sidang Jama’at Jum’at Yang Dikasihi Allah Swt.
Inilah prinsip bersosialisasi dan berinteraksi yang diajarkan agama, yang dibangun atas tiga sikap:

- Sikap menghargai,bukan menghina orang.
- Sikap mengangkat, bukan menjatuhkan orang.
- Sikap memberikan manfaat, bukan memanfaatkan orang.


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

(من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت)، - البخاري ومسلم-

أو كما قال: (التائب من الذنب كما لا ذنب له، فادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة) - ابن ماجه-


الخطبة الثانية:

الحمد لله حمداً كثيراً مباركاً فيه. وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، إقرارا بربوبيته، وإرغاما لمن جحد به وكفر، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، سيد الخلائق والبشر. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه     أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

أما بعد:

فاعلموا أيها المصلون صلاة الجمعة رحمكم الله ...

أن خلاصة خُطبتِنا في هذا اليوم تتركز في أهمية اللسان وخطورتِها في التعامل مع الآخرين، فاحرِصوا على حفظ ألسنتكم واستعملوها فيما ينفعكم، وذلك أن اللسان من أوجب الواجبات في الإسلام.  ولخطورة اللسان قيل فيه: المرء بأصغريه (قلبه ولسانه)، واللسانُ أداةُ البيان، والمرء مخبوءٌ تحت لسانه، لا تحت طَيلسانه، واللسان صغيرُ الجِرمِ عظيم الجُرمِ.


فليحذر الإنسان من لسانه وليعمل جاهداً أن يكون لسانه قائده إلى الجنة وموصله إلى رضوان الله، فإن كل ما يقول محسوب، إما له أو عليه، قال _تعالى_: "مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ" وجاء في الحديث أن معاذ بن جبل _رضي الله عنه_ قال للنبي _صلي الله عليه وسلم_: "يا نبي الله وإنا لمؤاخذون بما نتكلم به؟ فقال: ثكلتك أمك يا معاذ وهل يكب الناس في النار على وجوههم أو على مناخرهم إلا حصائد ألسنتهم" وقد عرّف النبي _صلي الله عليه وسلم_ المسلم الحق الذي استسلم لله ظاهراً وباطناً، فقال: "المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده" وإن شهوة الكلام من أكثر الشهوات غلبة للناس حتى لا تكاد تجد من يكبح جماحها، وما النجاة إلا لمن وفقه الله فألزم لسانه حدود ما أراد الله _تعالى_، عن عقبة بن عامر قال: "قلت يا رسول الله ما النجاة؟ قال أمسك عليك لسانك وليسعك بيتك، وابك على خطيئتك" قال أبو عيسى هذا حديث حسن.

فإذا كان اللسان أول أسباب النجاة فانظر إلى واقعنا لتعرف مقدار الناجين ثم لا تعجب ممن هلك كيف هلك ولكن العجب ممن نجا كيف نجا، ولذا فإن الجوارح كلها تعنف اللسان وتوبخه كل صباح وتذكره أن نجاة سائر البدن به إن استقام، وهلاك الأعضاء كلها به إن انحرف، عن أبي سعيد الخدري رفعه قال: "إذا أصبح ابن آدم فإن الأعضاء كلها تكفر اللسان فتقول اتق الله فينا فإنما نحن بك فإن استقمت استقمنا وإن اعوججت اعوججنا".

وقد كان السلف على ما بهم من حرص في كلامهم يتهمون ألسنتهم، وروي أن عمر بن الخطاب _رضي الله عنه_ رأى أبا بكر الصديق _رضي الله عنه_ وهو يمد لسانه بيده، فقال له: ما تصنع يا خليفة رسول الله؟! قال: هذا أوردني الموارد، إن رسول الله _صلى الله عليه وسلم_ قال: ليس شيء من الجسد إلا يشكو إلى الله اللسان على حدته. فهل نحن عن آفات اللسان منتهون ولشهوة اللسان كابحون ولما يرضي ربنا طالبون؟

 وعن أهمية اللسان في الإسلام وأثره على الإيمان، يقول النبي صلى الله عليه وسلم: « لا يستقيم إيمان عبد حتى يستقيم قلبه، ولا يستقيم قلبه حتى يستقيم لسانه »([2])، ومعنى الحديث أن من شغل لسانه بالكلام الفاسد اشتغل عقله بالتفكير به، فينحرف الفكر والقلب بذلك، ومن ترك الكلام الفاسد وحرص على الكلام النافع؛ اشتغل عقله وقلبه بالحق والتفكير بالحق، فيصير كلامه طيباً مليئاً بالحكمة مسدداً، وهذا معنى قول السلف الصالحين بأن الصمت يورث الحكمة، والعاقل يحرص على الحكمة، ويحرص على ما يكون سبباً فيها، لأن الله تعالى قال عن الحكمة: ﴿ يؤتي الحكمة من يشاء، ومن يؤتَى الحكمة فقد أوتي خيراً كثيراً ﴾. وقد أكد النبي صلى الله عليه وسلم أن اللسان إمام في الجوارح والأعضاء فقال صلى الله عليه وسلم : « إذا أصبح ابن آدم فإن الأعضاء كلها تكفر اللسان فتقول: اتق الله فينا، فإنما نحن بك، إن استقمت استقمنا، وإن اعوججت اعوججنا »([3])، فهذا الحديث يطلعنا على أمر غيبي وهو أن اللسان هو قائد في هذا الجسد، فاستقامته سبب في استقامة الأعمال، وانحرافه سبب في انحرافها، ومما يدلك على صحة هذا الأمر أنه لا تكاد توجد معصية إلا وهي تبدأ باللسان، فالذي يريد أن يزني يمهد لذلك باللسان والقول، والذي يريد أن يشرب الخمر يمهد لذلك بشرائه وقوله، وهكذا، فكان اللسان سبباً ووسيلة من وسائل المعاصي أو مشاركاً فيها.
هذا وصلوا وسلموا على المبعوث رحمةً للعالمين محمد بن عبد الله صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم الله.

-        اللهم أعِزِّ الإسلامَ والمسلمين وأذلِّ الشركَ والمشركين، اللهم احفظنا بالإسلام قائمين، واحفظنا بالإسلام قاعدين، واحفظنا بالإسلام راقدين.

-        اللهم وفّق ولاةَ أمر المسلمين عامةً للحكم بكتابِك والعملِ بسنة نبيِّك، ووفّق وُلاةَ أمرِنا خاصةً لكل خير، اللهم خذ بأيديهم لما فيه خيرَ البلاد والعبادِ.

-        اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، الأحياء منهم والأموات، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ويا قاضي الحاجات.


-         اللهم انصر ملكَنا:

  
Yang dipertuang besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Mukhriz Ibni al-Marhum Tuanku Munawwir.
       وأَبِد بوجوده مكايدَ أهلِ الظلمِ والكفرِ والخذلان، اللهم ارزقِ العونَ والتوفيقَ:
Dato’ Kelana Petra Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak. Al-Ma’ruf Bi Undang Luak Sungai Ujung.
      وأيده ووفِّقه لما تحبه وترضاه بحُرمة من أرسلته للعالمين رحمةً وبشرَى. وداعيا إلى الله بإذنه وسراجا منيرا.
-        ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين، واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار.

            Ya Allah berkatila Universiti Sains Islam Malaysia serta warganya.  Jadikanlah kami dalam kalangan hamba-hamba-MU yang sentiasa mendapat hidayah, rahmah kesihatan dan kelapangan, seta jauhkanlah kami daripada bala bencana dan ancaman wabak mudarat serta penyakit al-Wahn. Sesungguhnya Engkaulah tempat kami memohon dan mengharapkan pertolongan.
عباد الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان، وإيتاء ذي القربى، وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون، فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسألوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر، والله يعلم ما تصنعون...
أقيموا الصلاة  ...   

***