Monday, August 15, 2011

MAJLIS KALAM BITARA RAI CENDEKIAWAN USIM

MAJLIS KALAM BITARA RAIH CENDEKIAWAN USIM Cetak
         USIM, Nilai – 13 Julai 2011- Bahagian Penerbitan di bawah imprin Penerbit USIM buat kali kedua telah berjaya menyerahkan hasil royalti kepada para penulis buku melalui Majlis Kalam Bitara 2011. Majlis ini bertujuan meraikan penglibatan dan sumbangan cendekiawan USIM dalam memandaikan bangsa melalui karya-karya penulisan yang dihasilkan. Majlis telah dirasmikan oleh  Y. Bhg. Tan Sri Dr. Haji Mohamad Yusof Noor, Pengerusi LPU dan turut dihadiri oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Haji Muhammad Muda, Naib Canselor USIM.
          Seramai 100 orang penulis telah berjaya memperoleh hasil royalti daripada 52 judul buku yang diterbitkan pada tahun 2002-2009 dan 4 buah modul untuk terbitan tahun 2010. Buku yang berjaya memperoleh nilai royalti terbanyak ialah buku bertajuk “Resipi Istimewa untuk Belajar” cetakan pertama dan kedua berjumlah RM 4620.00. Ini menjadikan keseluruhan jumlah royalti yang diberikan sebanyak RM 48 858.40.
         Bagi menggalakkan perkembangan penerbitan oleh para pensyarah, Penerbit USIM telah mewujudkan tiga Anugerah Penerbitan sempena majlis ini. Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah Buku Terlaris 2010, Anugerah Penulis Prolifik dan Anugerah Penulis Harapan mengikut kategori bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Anugerah Buku Terlaris 2010 telah diberikan kepada buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi – Edisi Kedua karya Prof. Madya Datin Dr. Hajjah Sapora Sipon bagi kategori bahasa Melayu, manakala bagi kategori bahasa Inggeris dan bahasa Arab masing-masing diberikan kepada buku The Modern study of Religion – A Preliminary Survey on Clifford Geertz karya Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali dan buku Muhadrat Fill Aqidah Al-Islamiyah karya Prof. Madya Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo.
       Seterusnya, Anugerah Penulis Harapan/Aktif pula diberikan kepada Prof. Madya Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif untuk kategori bahasa Melayu diikuti Mohd Rosmizi Abd. Rahman kategori bahasa Inggeris dan Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni kategori bahasa Arab.
Menerima Anugerah Penulis Harapan/Aktif Kategori Bahasa Arab
    Dalam majlis yang sama juga turut diselitkan Penyampaian Watikah Penghargaan Penyelidik USIM yang berjaya mendapat Geran Penyelidikan KPT. Sebanyak 15 geran penyelidikan telah berjaya diperoleh USIM iaitu  10 geran Penyelidikan FRGS (Fundamental Research Grant Scheme) yang berjumlah RM769,100.00 dan 5 geran Penyelidikan ERGS (Exploratory Research Grant Scheme) berjumlah RM 621,100.00. Jumlah keseluruhan geran penyelidikan yang diterima USIM ialah sebanyak RM1,390,200.00.
        Syabas dan tahniah kepada semua penerima royalti dan penerima anugerah. Diharapkan pengiktirafan dan penghargaan yang diterima akan menjadi satu motivasi dan pembakar semangat untuk terus menyumbang dalam bidang penulisan di USIM ini. Semoga kerjasama erat antara penulis dan penerbit dapat dipertingkatkan pada masa akan datang dalam memartabatkan bidang penulisan dan penerbitan buku di USIM dan antarabangsa.

Oleh:
Noor Adibah Binti Mohamad
Bahagian Penerbitan, USIM
Sumber: http://www.usim.edu.my/

Sunday, August 7, 2011

VIVA VOCE OF PH.D THESIS (2) مناقشة رسالة الدكتوراه

VIVA VOCE OF PH.D THESIS (2) مناقشة رسالة الدكتوراه

Student:
DR. Jokha Sulaiman Khalfan al-Hasani (Oman)
 Title: 
مشروعات الصغيرة ودورها في تنمية المجتمع المسلم 
دراسة تطبيقية في سلطنة عمان

(Small Enterprise and their role in the development of the Muslim community)
Applied study in the Sultanate of Oman



Supervisor:
Prof. DR. Syamsul Bahri Andi Galigo 
(Associate. Prof at USIM)

Co- Supervisor:
DR. Kamaluddin Nurdin Marjuni
(Senior Lecturer at USIM)

Members of the Committee Viva Voce (Examiners)
أعضاء لجنة المناقشة والحكم
- Prof. DR. Siti Rugayah Hj.Tibek (Prof at UKM)
- Prof. DR.Abdul Samat Musah (Prof at USIM)
- Prof. DR. Mohd Syarief Basyier (Associate. Prof at UNISSA, Brunai) 
 - DR. Mohd Rushdan Mohd Jailani (Senior Lecturer at USIM)
-DR. Mohd Yusuf Khalid (Senior Lecturer at USIM)
 
DATE: JULY 14, 2011 (Thursday)



VIVA VOCE OF PH.D THESIS (1) مناقشة رسالة الدكتوراه

VIVA VOCE OF PH.D THESIS (1) مناقشة رسالة الدكتوراه
Student:
DR. Muhammad Rofiq
(Lecturer at Ushuluddin UIN Jakarta, Indonesia)
Title: 
نظرية التعددية الدينية في إندونيسيا وموقف الإسلام منها 
(Theory of Religious Pluralism in Indonesia And the Opinion of Islam)
Supervisor:
Prof. DR. Syamsul Bahri Andi Galigo
(Associate.Prof at USIM)

Members of the Committee Viva Voce (Examiners)
أعضاء لجنة المناقشة والحكم
- Prof. Dato DR. Sayyid Muhd Aqiel bin Ali al-Mahdaly (Prof at KUIN)
- Prof. DR. Siti Rugayah Hj.Tibek (Prof at UKM)
-Prof. DR. Mosbah Mansour Musa Mutawi' (Prof at Al-Azhar, Cairo)
- DR. Yasmin Hanani Mod Safian (Senior Lecturer at USIM)
- DR. Kamaluddin Nurdin Marjuni (Senior Lecutrer at USIM)
 
DATE: JULY 12, 2011 (TUESDAY)