Sunday, December 20, 2009

Pengkaderan Muballigh China di USIM (Angkatan ke 4, 2009)

20 IMAM MUDA NEGARA CHINA TAMAT KURSUS DI USIM       
        Seramai 20 Imam Muda dari Negara China dirai dalam satu majlis anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) disini hari ini. Majlis tersebut adalah bersempena Kursus Imam Muda Negara China buat kali ke-4 di USIM.
        Kursus ini dijalankan selama enam bulan di Malaysia bertempat di tiga buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan destinasi terakhir adalah di USIM. Ianya juga mendapat kerjasama dari pihak Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).
        Kursus yang dijalankan di USIM berlangsung pada 19 Oktober hingga 13 November 2009. Mereka menjalani kursus bermula hari isnin hingga jumaat. Manakala setiap hari sabtu dan ahad para peserta akan mengikuti aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak MACMA.
        Antara matlamat kursus ini adalah melahirkan golongan imam dari Negara China yang mampu menguasai bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam dengan baik di samping melahirkan golongan imam dari Negara China yang berketrampilan dan berdaya saing.
       Pada tahun 2006, 2007 dan 2008, USIM telah berjaya menganjurkan kursus selama sebulan untuk imam-imam muda Negara China. Bagi meneruskan kesinambungan usaha USIM memberikan sumbangan kepada umat Islam seluruh dunia, maka pihak USIM sekali lagi bersetuju menjadi penganjur untuk ursus Imam Muda Negara China buat kali ke-4.

        Menurut Puan Marlina Wong, wakil dari MACMA selaku pegawai pengiring kepada peserta kursus Imam Muda Negara China, kedatangan Imam Muda dari negara China telah membawa satu tenaga dan gelombang yang sangat kuat dalam lapangan Islam di negara China terutama dalam membimbing golongan mualaf ke arah pertukaran dari bukan muslim kepada muslim sejati.
        Kedatangan mereka ke Malaysia bukan sahaja untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama, tetapi lebih kepada jalinan ukhuwah sesama umat Islam disamping mencari peluang jalinan kerjasama di antara satu negara dengan negara lain. USIM di pilih kerana dilihat mampu memberikan pengajaran yang berkesan kepada imam-imam muda Negara China memandangkan bahasa perantaraan yang digunakan adalah bahasa Arab dan Inggeris.
        Kebanyakan mereka berasal dari Gangsu, Yunnan, Sichuan, Hainan dan Ningxia. Rata-rata peserta berumur dari 22 hingga 44 tahun dan ada yang sudah berkahwin. Kebanyakan mereka bekerja sebagai Imam-Imam di masjid, pengetua kolej dan penterjemah bahasa arab di negara mereka. Ada di antara mereka merupakan lepasan pelajar dari Mesir, Pakistan dan Syria.
dicopy dari: usim.edu.myNilai, 11 November 2009
Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail
Wartawan Unit Perhubungan Awam (USIM)










0 komentar:

Post a Comment